this is my new toy. haha..
a 9 speed scott with shimanos.
taken from Khairin (not a single sen paid - YET). hehe..
done my first ride to Tanjung Langsat with Jamal as my guru this morning in my offroad helmet n shoes. got to get a road-specific helmet n shoes.
i survived with aching here n there.
lesson 1 - road riding n offroad riding is totally diffferent!
Wednesday, December 31, 2008
my new toy
Tuesday, December 30, 2008
improvement needed
i've done few rides.
- 21 Dec - plentong ride - local riders - 25 km +/-
- 25 Dec - plentong ride - also with local riders with roughly same distance
- 27 Dec - kayuh petang kat adela - 11 km of hilly terrain around felda settlement
- 27 Dec - Night Ride around Adela with 'local' GA cycle members. (
- punctuality - diorg sampai kat rv sharp on time. takde leceh2. mmg diorg dok sekampung n dekat2, tp aku rasa tu bukan sebabnya.
- enthusiasm (betul ke tak ejaan ni?) - diorg rajin kayuh. semangat tinggi. even beskal adalah dari golongan marhaen, diorg tak malu. selamba badak kayuh dengar kadar kekuatan yang tinggi.
- discipline - bab ni no komen la.. lu pikir la sendiri.
siap la korang. kalo suka leh ikot.. tak suka kalu.. gud bye laa. hehe..
Monday, December 15, 2008
wet ride
semalam, hujan sepanjang hari. ride jugak.
ada 8 orang semua. rolling at 0845, n finish around 1345.
ride memang best sebab tak panas. start kat ruza n masuk track hash kat area flora height.
tapi, at around 1300, kena decide kuar. reason - brake pad aku ngan saleh abes. tensen sungguh. aku nak abeskan full track and exit kat flora height gak.
moral - sentiasa bawak brake pad spare jika anda menggunakan brek shimano yg pakai resin pad tu. sangat cepat habis jikalau hujan.
sekian, terima kasih.
Wednesday, December 3, 2008
patut ke?
erm.. patut ke aku beli kasut sepasang lagi. yg murah2 pun ok. e.g shimano ke.. janji bole pasang cleat.
sian oo sidi aku. beli mahal2, pastu lanyak kat utan plentong. sian gak kat aku. bayar mahal2, pastu kasik jahanam cepat2..
patut ke?
Saturday, November 22, 2008
sidi !
ini ada lah sepasang kasut SIDI GIAU. model 2009. kaler itam. saiz 42. with 3 velcro straps. lorica top n sidi competition sole. comes new, in box, with user manual, 4 pcs of allen screw & a pc of allen key that matches that screws.
ya! ini adalah kasut baru saya. kasut yang saya oder melalui encik angah setelah kasut yang saya guna sekarang, sudah boleh dikira dah jahanam a.k.a total lost. dah main ikat2 pakai cable tie dah. dah banyak jasa kasut tu, n dah jauh dia ikut aku kayuh.
harga? kat us $209.99. kat indon 1,390,000 rupiah. kat singapore plak $ 195. tapi oleh kerana aku dok kat malaysia, kene bayar pakai rm la. sebab angah beli kasut tu kat temasik, aku kene bayar kat angah sekitar 4 ratus lebih selepas diskaun. (tapi setakat artikel ini di tulis, aku masih belum bayar ape2 pun kat angah. hehe..)
oh ye.. sok pagi, aku nak ride kat area sini. kira cam farewell ride utk kasut shimano aku. kira2, bersara dari dunia professional n competitive la.. bila2 nanti, aku sarung gak la.. buat jalan2 kat taman ke.. buat men bola ke.. kan2?
gud bye shimano! welcome sidi !
Friday, November 21, 2008
pls vote ..
aku ada cadangan baru ni. tp nak gak dengar ulasan dan cadangan korang gaks.
aku cadang nak ubah tempat berkumpul dari Ruza Nusa Damai ke Ruza Taman Scientex.
rasional:
- tempat parking yg lebih teratur dan selesa.
- kita bole kuar dari mane2.. cth: kebun tembikai, chy baru.. n tak payah pedal masuk semula. ke dalam nusa damai utk amek keta. skang ni, asek kuar kat kandang kuda jek.. busan seyy...
- lebih mudah dikenalpasti berdasarkan terpacaknya kolej komuniti di kawasan tersebut.
- kat situ nama dia ruza gak .. kan?
- lebih dekat ngan umah aku.. so aku takyah kayuh jauh2.. heheh...
amacam?
sila vote melalui komen. atau sms ke no hp aku ..
(pada yg berkenaan sahaja laa.. sape yg tak kayuh kat area aku, sila tak payah vote)
panasss !!!!!!!!!
sebagai penunggang basikal riadah - aku menolak.
aku akui, niat mereka baik. memperjuangkan hak2 kalangan marhaen. sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk memperjuangkan hak orang lain. sanggup bersusah untuk melihat orang lain menjalani kehidupan yang lebih baik.
sebagai rakyat malaysia, aku tidak menolak untuk menyokong diorg. tapi aku tidak mahu masyarakat pembasikal DIPERGUNAKAN oleh mereka2 yg punya agenda, baik politik atau pertubuhan masing2.
persoalannya :-
kenapa basikal?
kenapa tidak kelab 'belia' berkereta yg kononnya belia dan bersangkut paut ngan 'jabatan belia' tapi bawak keta macam jalan ni bapak diorg yg punya?
kenapa tidak dipergunakan kumpulan2 bermotosikal yang selalu pergi buat 'kebajikan' di sana-sini dengan kelajuan melebihi 200km/h tu?
atau bukan persatuan mat2 rempit yang bila pilihanraya, dikumpulkan untuk buat gerak-gempur (a.k.a buat bising di kampung2 orang).
kenapa basikal, dan di ajak pula pembasikal2 riadah ini untuk sama2 menyokong kempen mereka, di atas basikal masing2? kenapa tak ajak orang-orang kampung yg memang gi keje naik basikal sebab tak mampu nak isi minyak kapchai mereka ?
wahai sahabat2ku sekalian, fikir2kanlah. jika kayuhan ini berjaya, anda tidak akan menjadi hero di mata masyarakat. jika kayuhan ini berjaya atau gagal, anda akan di lihat sebagai penentang di mata orang lain.
aku cuma tidak mahu riadah kita pada hari ahad, atau di mana2 jamboree, atau di mana2 juga, dalam keadaan apa - di tafsirkan sebagai perhimpunan haram para penantang oleh mata-mata yang memandang..
di akhirannya, anda jadi ape? KAMBING HITAM? ya .. sangat berkemungkinan..
nota : ini adalah pandangan peribadi, tanpa tujuan untuk menghasut atau mempengaruhi sesiapa. tepuk dada, tanya selera.
Monday, November 17, 2008
plentong hash
tamo cerita ah..
ride cam biasa jek.
aku jadik hares (kalau guna perkataan gembala bleh tak?)
ride start at 10.15, n aku sampai balek kat umah neo kol 2:30 ngan group paling last (ngan tim n jesus)
\
komen - tiada
moral - pon takde gak. heheh..
kalo nak tengok gambor, sila la pegi kat tempat david ngan melaka (setakat yg aku jumpa laa)
next week, aku nak masuk part of the trail. start kat ruza, masuk flora height.. n off we gooo....
sape maw juin? bawak beskal gi ruza pagi2 ahad..
Monday, November 3, 2008
kayuh2 ayam..
sunday. 2 november 2008.
39 rider. aku bukan sangat berpengalaman. tp hasil pengalaman aku, musti ada poblem hari ni. satu keje gila nak lead group sebesar ni. kene lak aku tak tau fitness level masing2..
ada beberapa insiden berlaku hari ni.
- satu grup terputus dari main group. satu hal plak nak mencari. seb baik senang carik.
- 2 orang sesat. joe kenit @ joe tengkorak ngan zam. yg ni bukan tertinggal, tp dah terkedepan sgt sampai aku pon tak tau dia ada kat depan.
- terdapat beberapa orang yg cramp. no comment pada yg first time kayuh.
moral ride hari ni
- sentiasa monitor siapa belakang anda. kalu rasa belakang korang takde orang, stop n wait. bila dah nampak diorg, baru jalan. tp kalo tgh layan donhill syok2, jgn la benti. amalan ni kene buat time kat simpang2, cabang jalan n mane2 la yg ada cabang.. sentiasa ingat kawan2.. bukan anda sorang jek yg nak enjoy..
- jangan memandai2. always follow the leader (dalam konteks ni, leader adalah aku). belum tentu apa yg kita tau tu sama ngan plan leader..
- tak guna ada rig mahal kalo kayuh cam ayam. saya mintak maaf la kalo ada sesape yg juin saya semalam terasa. awak ada ruang utk dapat toy yg jauh lebih baik dari org lain, so guna la sebaiknya. takde guna beskal ringan cam kertas tapi kena sorong naik bukit.
Monday, October 27, 2008
a ride to kill
well.. 'survive the sahara' ride is over. n i'm back in PG after a day break in segamat.
i survived. 6 hrs and 40 mins. its not my total time on bike. ride time is around 3 hrs only. the rest? trying so hard just to get on the bike, relaxing my body and brain. n helping others too.. (n i do believe that i'm good at this.. hehe).
wat to say?
well.. i think this words will suits ------> BULLSHIT!
what kind of ride is that? why do we have to do jungle trekking and hiking in a ride? that 1 hill is killing. i have to stop 4 times just to get on top. not riding but pushing the bike. n almost got cramps few times. fuhh... that is total bullshit..
wat are the organizer trying to prove and show actually?
- most xtreme riding contidion?
- hardest ride on earth?
- a killing climb that is worse than in penang?
- the trail is better than PCC presidential ride?
- making themselves looks like an idiot
- killing the interest of those who just started cycling.
- de-promoting cycling
- leads us to the most redundant trails ever..
to those who reads this.. pls.. pls.. we dont have to pay anymore for that kind of ride.. we'll go to PCC next june..
p/s - ini adalah pandangan peribadi, di tulis tanpa niat dan tujuan untuk mempengaruhi atak menjatuhkan sesiapa. tq
update: aku ada padam 2 komen ( skati aku la kan? dah tentu blog ini aku yang punya) aku padam sebab org yg hantar tu jenis yg tak berjenis. mungkin keturunan biawak yg cuma pandai baling batu sembunyi tangan. pada lu duorang.. show urself la.. takkan bacul kot. satu lagi, dalam komen tu, ada perkataan 'rasa'. so i assume that u were not there. so kalau anda berdua tidak terbabit, atau juin that ride, keep ur mouth shut. nobody wants to listen to any or u$r fucking comments.. in a better words - FUCK OFF !!
Wednesday, October 22, 2008
Trek CM
hasil usaha berbelas orang bersama jari, tangan, kaki, basikal, parang, glove dan paling penting, chainsaw.. kini trek CM kembali bersedia menerima tetamu..
sepanjang sekitar 3km, trek cm menjanjikan cabaran dan kepuasan untuk anda. dengan pemandangan indah dan laluan hutan yang redup, anda pasti terpesona.. dengan laluan mendaki dan menurun yang dibina dengan indah. dan tidak dilupakan satu drop chantek untuk anda takluki.
ehh.. dah mcm skrip iklan tv la plak. mahap la ye..
terima kasih kepada penggerak utama, saudara 'wak sungkar' yang telah membekalkan chainsaw (merangkap pilot kepada chainsaw tersebut).. juga petrol, pelincir, air oren sejuk, roti goreng, mee goreng, jemput2, pinggan serta cawan.
terima kasih juga pada semua peserta yg telah bertungkus lumus meng'clear'kan trek tersebut daripada segala macam ranting, dahan dan pokok yg berada dalam laluan trek tersebut.
kelak, kalau ada sponsor, kita bikin lagi satu kali race grand punye.. tade sponsor, pon bole.. kita buat race haram jek kat situ..
now.. CM track is ready to rock n roll...
sila2kan..
Monday, October 13, 2008
kayuhan pecah lemak
date : 12 Oktober 2008
start : ruza of nusa daamai
participants : 18 from ruza, 7 from tmn rinting
lots of of new n unknown rider (including master class). aku ingat 4-5 org jek yg turun, skali buleh ramai daa.. yg aku ingat apai, tulang (hehe), yin, abg ajis.. n sape lg tah..
so aku bawak laluan simple. takot ada yg serik. berlaku 2 kekreman.. hj. apok & apai.
kechiwa gaks sbb ada few trail yg buleh turun cam ribut, tp diorg turun cam siput.. tp xpe.. layannn.
gambar aku tak snap.. tak rajin sbb ramai sgt. takut x muat.. hehe..
Monday, October 6, 2008
raya ride (haha..)
it was in saturday of 4th hari raya. i received a text message from akmal saying "Selamat Hari Raya bro. Maaf Zahir & Batin. Esok ada offroad?
huhu.. aku still kat kg (kota tinggi) masa tu.. aku plan nak balek ke PG petang tu, n ride alone to Kong Kong on sunday morning.
lepas tu.. dapat plak message dari Sham Cyclemotion. "Ok cfirm esok ada ride makan angin di plentong.so jumpa di tpt biasa jam 7.30 pg ok".
gile ke tak? 5 hari raya dah ride off road. gile pon gila laa.. janji dapat ride. pada aku la.. ni la masa terbaik nak ride sebab lepas ni dah tentu2 sebok org jemput open house (so called?..)
as promised, kitorg kumpul la kat plentong. ada 13 orang semuanya. masa breakfast tu.. ada la dengar citer 2-3 orang wifey dah cakap laki diorg buang tebiat sbb sebok nak kayuh time ari raya.. haha.. bini aku jek yg tak kesah.. hehe..
so.. dari ride yg dikatakan 'santai.. terkena gak aku 26km.. gile btol. nasib baek lepas ride (abes dlm kol 1).. ada acara makan2 kat umah Neo n Akmal. time kasih daun keladi la.. next week saya datang lagi..
di bawah, adalah gambar2 acara menukar tiub beramai-ramai di tengah ladang sawit pada hari raya ke 5 dan diserikan dengan lagu2 raya yang syahdu.. (3 biji skali bocor... len kali, sila lompat lagi di atas pelepah sawit kering..)
Sunday, September 28, 2008
words from angela's blog
Are these girls a representation of Singapore’s brains and beauty? I just find it quite embarrassing. I understand we don’t have large pool to choose from, but I just don’t believe there aren’t better girls out there?The calibre of girls in the line up is far below my expectations of what an F1 grid girl should be! Look at the other Grand Prix around the world (ok maybe not malaysia).
Forgive me if I’m wrong, who knows maybe some of these girls are masters or degree holders, and i apologise if you’re friends with anyone there, but these videos are pretty bad.
ayat2 kat atas tu aku petik dari blog angela ("fellow" cylist from singapore). aku rasa, dia ni lebih banyak ride kat bumi malaysia daripada kat tanahair dia yg tercinta tu..
apa kewajaran dia cakap camtu? dia tak tau ke fakta bahawa ramai org singapore tak mampu nak berbelanja kat negara diorg sendiri?
kawan2 .. lepas ni.. sape ada jumpa angela ni kayuh kat malaysia (negara kita) ... kita gerilakan dia..
Monday, September 22, 2008
kenapa aku suka beskal..
masa tu, aku punye kagum kat para rider ni, jgn citer la.. mmg kagum gile.. zaman tu, kalo tak silap, zaman ishak amin tengah gah.. aku rasa, time tu la aku start minat beskal.
darjah 4, bapak aku belikan beskal biasa. aku pon lanyak la.. beskal tu la jadi teman aku ke hulu dan kehilir sampai aku darjah nam. skola menengah, dah nek bas skola, so beskal jarang2.
tahun 1997 - aku beli satu roadbike besi dari kawan aku. raleigh besi. aku nak buat pengangkutan gi keje. (er.. aku start life lambat berbanding org lain. at 25, aku baru mampu beli beskal). so dengan basikal tu la aku ronda2 jb.. dengan serba kekurangan (pengetahuan & peralatan).
it was back in 2005 aku start cycling. (bukan restart, sbb seblum ni aku tak serius pon). aku start ngan sebijik ful-sus besi. aku pon gatal2 carik parts aloi (upgrade la konon). so, satu hari tu, aku beli 1 frame, wheelset n brake set. habis la dalam RM650. siap pasang. hehe.. dah ada beskal alloy, tp hard tail. ok la tu..
so, first ride, aku gi jauh sket. kat tasik, terjumpa 1 rider (known as 'kirin'). dia la yg ajak aku off-road. start dari situ la aku terjebak. hehe.. sampai hari ni, aku masih sangat serius berbasikal.. ye la.. dah kita suka.. takkan nak buang lak. for now, aku ada 1 beskal. asal brand dia ialah fastrax. tp sbb nama tu tak glamor, aku repaint n tarok nama 'dogma'. haha.. tp jgn kutuk tau.. frame aku tu setanding ngan giant xtc. sangat ringan dan tahan lasak. aku habis around 4.2k utk build up beskal tu.. huh! apsal banyak sgt?
sekarang, aku tau ke arah mane minat aku dalam dunia basikalan ni. aku suka trail riding. aku suka hash @ jambore. aku tak suka nak masuk xc race sbb aku tak suka pressure. aku tak suka freeride n donhill sbb aku gayat, aku penakut, n takde nyawa spare.. haha..
for now, aku guna jek la beskal aku tu.. skang cita2 nak beli giant trance. dpt yg no 3 pon jadik la.. nak beli trance X, rasa cam tak berbaloi la.. travel lebih sgt. bukan aku nak lompat2 pon..
kesimpulan nya, aku mmg minat beskal. aku akan berbasikalan selagi mampu.. selagi ada kederat. anak aku pon cam dah minat. wife aku pon ada cannondale dia sendiri. so kene layan laa...
so, pada sape2 yg teragak2 nak berbasikal tu .. jgn malu2 la.. tak rugi pun. badan sehat.. otak sehat.. majulah sukan untuk diri sendiri..
kayuh malam
telah berlangsung dengan jayanya. 28 rider rider on 27 bikes (ada tandem sebijik).
enal yg memandu hi-lux haji ali pada malam tersebut telah menjadi mascot dengan jayanya.. ehh.. escort. nasib baek la dia ada, kalu tak haru sungguh laa. rantai aku snap after 100m masuk offroad. chist. melepas. takpe. tahun depan buat lg. pun begitu, pemandangan kehadapan sambil menonton pengelip (blinker?) berkelip2 mendaki bukit tanah di malam hari adalah sangat indah.
balek, ada sprint smpi petronas. cam keirin gak la. ada tandem pace, laju la memasing. ujung2, tggl aku ngan jamal jek. hehe.. teka sape menang?
sape nak tgk gambor.. sila la klik di sini untuk direct link, atau masuk ke website one3rd dan merayau2...
kepada pembasikal2 yg telah turut serta, tak kira dari mana, terima kasih daun keladi. ada time, kita kayuh lg.
next plan: night ride to lower layang dam - to n fro.. sape mo ikot, kasik nama kat akmal..
Monday, September 15, 2008
Saturday, September 13, 2008
blogging
err.. aku ada blog baru. .
http://jafamohamed.blogspot.com
sape gelakkan nama tu, aku tampo nanti. dah sah2 la tu nama dalam i.c aku..
lg satu, tade citer pasal beskal2an dalam tu..
Thursday, September 11, 2008
bukan pasal basikal
hari ni aku 'terjumpa' 2 orang sahabat lama di zaman persekolahan. actually, zaman sekolah aku sangat menarik. tp aku tak dapat nak ingat banyak. klu jumpa kawan2 lama pon, belum tentu aku ingat.
tapi kalau yg duorang ni, sampai mati aku ingat. actually ada 3 org yg aku ingat sgt2.. n heres 2 of them. yg sorang lg tu aku tanak cakap..
tp aku tak jumpa diorg depan2 la.. aku jumpe blog diorg jek. penuh citer pasal makan2 n jalan2.. fuhh.. best btol apabila melihat gambar sekalian makanan tersebut di siang hari di bulan ramadhan yg mulia ini. sila klik di sini, atau di sini, atau di sini juga untuk menonton..
sekali aku belek2, diorg kat dubai. perghh.. dubai ehh? jiran ngan roger federer ke ?
well.. to both of u.. semoga sejahtera di bumi orang. semoga ..... ( sila masukkan semua ucapan yg muluk2 dan dirasakan sesuai)
err... raya ni tak balik segamat ke ?
er.. soalan lain.. basikal murah tak kat dubai?
Tuesday, September 9, 2008
hujan
last saturday.. plan nak kayuh. tp hujan.
kensel
yesterday - monday, plan nak kayuh gak. hujan gak. kensel gak
tp ahad ari tu tak ujan. n kitorg tak kayuh pun masa tu..
Thursday, September 4, 2008
multi-sport
aku ada cita2 nak jadik multi-sport athlete..
berenang - aku bole berenang stail koboi.. tp tak laju.. n aku takut pakai goggle.
cycling - aku xde road bike plak.. takkan nak bawak mountain pki slick. mengikut perkiraan aku, banyak rugi klu pakai mtb ni.. saiz rim kecik, crank kecik.. isk.. takleh2.. nak kene ada roadbike gak.
running. - lutut kanan aku penah injured kat gng pulai. bulih lari lg ke?
so, bole ke aku jadik triathlete? yg mane sesuai?
ironman - 2-3 S, 180 B, 42 R
long distance - 2 S, 90 B, 21 R
olympic distance - 1.5 S, 40 B, 10 R
sprint - 0.5 S, 18 B, 3 R
Wednesday, September 3, 2008
basikal baru
nite ride
Grand Nite Ride - 27 August 2008
yg ni dah lepas dah.. kira berjaya gak la.. aku tade pic la.. sbb aku leader, takde sempat nak amek gambor..
sape nak tgk gambor - sila la gi tgk kat sini
1) website melaka
2) website team one3rd (err... cane nak pronounce tu?)
Mini Nite Ride - 6 September 2008.
yg ni ride kecik jek.. hopefully bawah 10 orang. malas nak layan ramai2.. haha..
akmal - ko musti datang.. ajak kelolo skalik .. haha
Tuesday, September 2, 2008
d very last day ride b4 puasa
as promised, 3 of us starts our last day ride b4 puasa.
first, heads to ruza 4 breakfast, then a full 10 km ride (quite short huh?) nusa damai, flora heights, back to ND lakeside, go to heliconia of scientex, persiaran scientex, helang area b4 heads back to kijang.
well.. malas nak taip la.. let the pics do the talking
Wednesday, August 27, 2008
abandon?
nak abandon ke tanak?
nak abandon ke tanak?
nak abandon ke tanak?
nak abandon ke tanak?
aku tengah mikir ni. nak abandon blog ni ke tanak? tadi aku dah nak tekan delete dah.. tp sayang plak. ada le mende yg aku buleh ingat dalam ni..
tapi kan.. mende2 blog ni bukan my cup of tea laa.. aku malas nak update.. selalu lupa nak update. slalu plak tak tau nak tulis ape.. aku tgk balik post lama2 tu.. cam tak best jek aku tgk.. asek2 citer aku ride kat sana sini.. so, takkan 8 tahun nak citer mende yg balik2 camtu gak? nak buat cane aa?
anybody? any suggestion?
by the way.. ni ada pic adik aku kat finish line desaru international triathlon.. aku tak masuk pon.. setakat gi sorak jek..
Labels: abandon
Saturday, February 9, 2008
ride date : 14 February 2008
chinese new year..
sepatutnya ari ni aku bukak kedai. tp bleh plak ada yg call aku ajak kayuh. hehe.. aku pon perintahkan budak2 cuti 1 hari.. hehe.. aku nak kayuh..
pagi2, kumpul kat ruza. ada 7 org semua. aku, putut, melaka, atok, izam (budak praktikal grand banks), muliano (yg dah setahun x kayuh) dan botak.. ari ne semua nak kayuh santai2 jek .. tanak bukit tinggi2.. bedal jek laa..
masuk jln kandang kuda, simpang 4, terus masuk getah, gi tepi tasik.. mlepak, pstu balekkk.. hehe. tak gi mane pon.. area tu jek.. kol 12 dah sampai balik kat ruza. ada la dlm 25 km..
yg paling best... balik tu aku sprint ngan putut. saje test power.. nak tau bape laju? hehe .. 60.7km/h.. hehe... len kali test lagik..
ride date : 3 Februari 2008
hehe .. di atas adalah wajah sahabat kita... saudara Enal a.k.a Szabo.. sedang kepenatan menolak beskal naik bukit..
ari ni buat pertama kalinye enal ride. dengan berbekalkan beskal cannondale bini aku, dia dengan sangat bersemangatnya bangun pagi ikut aku kayuh.
ari ni plan nak ekot pak awie gi ride kat area keck seng. aku tau dah jalan tu kebun sawit jek. mmg tak syok.. tp sbb nak kasik enal break-in dulu, aku pon ekot pak awie. ikut ati mmg aku malas nak join.. tak syok.. aku ajak skali si aril ngan aji amir. hehe..
enal berjaya mengikut ngan steady. aku dah pesan, jgn push.. ikut momentum seniri. haha .. slow gila.. tp takpe.. yg penting semangat. naik bukit jek, kena tggu dia.. tp semua org tak kesah pon. dulu, masa memasing first time ride, cenggitu gak.. kan2 ?
Aji amir, awal2 dah cakap tanak ekot pak awie lagi. tak syok. haha.. nak ride plentong jek.. ala ..skali2 tukar angin ape salahnye .. kan? kan?
at last, balik gak la si enal. tak krem .. tapi hampir la.. total 35 km tuu.. cayalah..
Monday, January 21, 2008
ride orang kaya2..
yesterday
aku ingat tanak kayuh. tp sbb bini aku tade, balik kampung, aku kayuh gak laa. adik aku pon ajak kayuh. so aku pon turun la kat ruza. yg aku tau, cuma akmal jek ada nak kayuh.
skali, bleh plak ada muka2 yg tak pernah kayuh. wak, aril, aji ngan staf dia 2 orang.. n ngah olso.. yg paling lambat sampai. so, total ada 9 orang.
start kayuh @ 0900 hrs. first target - bukit kuari.. hehe.. aku dah mmg nak dengki diorg. kasik rasa bukit kuari yg dijamin takleh kayuh tu.. tp tak la kasik free jek.. lepas kuari, aku bawak diorg masuk trek yg jarang orang lalu.. kira mmg trek yg nak enjoy laa.. masuk banyak single trek. dari kuari, non-stop sampai tepi crossing tasik. aku tak mandi pon.. ahaha..
pastu balik.. tp sbb dah ramai yg penat, 2 kali berenti baru sampai ruza at 13.00hrs.. tp bila aku tanye, semua org ckp enjoy ride. mmg tu pon niat aku, nak kasik org enjoy.. supaya diorg ske nak kayuh slalu.. mcm yg aku cakap la .. riding is all about having fun..
so, dah sampai tu, sambil makan kat ruza, si anga bukak la cerita.. rupa2nye aji tu jutawan. rumah dia jek harga 6 juta .. perghhh ! patut la dia bawak 4 biji basikal atas Mercedes B170. pastu siap cakap tu keta bini dia.. abes dia pakai keta ape? huhu ..
tp, apepon aku tabik la kat aji tu.. tetap selamba badak walaupun duit ada juta2...
seelong long ride..
sunday, 13 january 2008
first time ride ngan Cyclemotion tahun ni. target - seelong.
meet sham n azhar n najib at senai at 0745 hrs.
0930 hrs - start ride ngan geng rideable from singapore. ada 10 orang semua. beskal jgn cakap la, semua keturunan baik2 punye. ada Santa Cruz Nomad, Commencal Meta 4, Cube, Ellsworth Epiphany n segala mcm la.. aku sedap ati pagi tu sebab ada 2 pompuan join. so expect short ride jek la..
skali si George gi bantai bawak sampai 45km. Mcm nak pensan kayuh beskal. Trek tu dah nak sampai ke Jalan Kulai-Kota. punye la jauh. siap masuk LadangYPJ lagi. seb baik ada kedai dalam tu.. bleh gak top-up air.
so, selepas hampir pensan, sampai gak semula kat seelong tu.. Habis ride jek dah 1700 hrs. penat woo. sampai umah dah takleh tido sbb dah petang sgt. huhu..
pengajaran - klu rideable turun, jangan join .. haha..
Saturday, January 12, 2008
tasik lagik..
alamak
nyaris miss post mggu lepas..
7 orang aje, termasuk akmal yg tutun buat kali pertama.. laluan biasa kat sri alam, panjat kuari, turun bukit panjang, terus sg daud, gi tasik.. hehe..
aku ngan melaka test dipping. aku tau mmg tak lepas. saje je. jap pastu, dah semua turun mandi tasik.. haha.. akmal jek tak turun.. ada yg kayuh dlm air, ada berenang, ada basuh beskal.. haha.. setelah puas berkubang, kitorg gi another side plak.. tp on road la.. kayuh ..
pastu balik.. otw balek .. akmal krem lakk.. tp takpe .. pasni sure dah gagah tu..