sila rujuk web ni - http://www.jerit.org/
sebagai penunggang basikal riadah - aku menolak.
aku akui, niat mereka baik. memperjuangkan hak2 kalangan marhaen. sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk memperjuangkan hak orang lain. sanggup bersusah untuk melihat orang lain menjalani kehidupan yang lebih baik.
sebagai rakyat malaysia, aku tidak menolak untuk menyokong diorg. tapi aku tidak mahu masyarakat pembasikal DIPERGUNAKAN oleh mereka2 yg punya agenda, baik politik atau pertubuhan masing2.
persoalannya :-
kenapa basikal?
kenapa tidak kelab 'belia' berkereta yg kononnya belia dan bersangkut paut ngan 'jabatan belia' tapi bawak keta macam jalan ni bapak diorg yg punya?
kenapa tidak dipergunakan kumpulan2 bermotosikal yang selalu pergi buat 'kebajikan' di sana-sini dengan kelajuan melebihi 200km/h tu?
atau bukan persatuan mat2 rempit yang bila pilihanraya, dikumpulkan untuk buat gerak-gempur (a.k.a buat bising di kampung2 orang).
kenapa basikal, dan di ajak pula pembasikal2 riadah ini untuk sama2 menyokong kempen mereka, di atas basikal masing2? kenapa tak ajak orang-orang kampung yg memang gi keje naik basikal sebab tak mampu nak isi minyak kapchai mereka ?
wahai sahabat2ku sekalian, fikir2kanlah. jika kayuhan ini berjaya, anda tidak akan menjadi hero di mata masyarakat. jika kayuhan ini berjaya atau gagal, anda akan di lihat sebagai penentang di mata orang lain.
aku cuma tidak mahu riadah kita pada hari ahad, atau di mana2 jamboree, atau di mana2 juga, dalam keadaan apa - di tafsirkan sebagai perhimpunan haram para penantang oleh mata-mata yang memandang..
di akhirannya, anda jadi ape? KAMBING HITAM? ya .. sangat berkemungkinan..
nota : ini adalah pandangan peribadi, tanpa tujuan untuk menghasut atau mempengaruhi sesiapa. tepuk dada, tanya selera.

2 comments:
betul tu say sokong memalukan kaum basikal jer nih
Honestly aku tak nampak relationship JERIT ni ngan cycling...Takde pun perjuangkan cycling, kebaikan berbasikal ke?, nasib cyclist2 malaysia, lorong khas basikal ke?, tax rebates ke bila beli basikal cam beli computer tu...Kempen basikal apa nih?
Post a Comment