Wednesday, December 30, 2009

sharing and caring..

err.. tajuk dia atas macam tak relevan jek. tp ape aku kesah.. kan?

pengumuman.. pada ahlil2 yang baca ni, aku nak kasik tau, ari jumaat malam sabtu tiap2 minggu ada kayuh malam. kumpul kat Kafe Ruza Taman Scientex. time 9:00 malam. pasni aku dah tak sms korang lagi dah. bukan lokek, tp ni acara tetap, takyah nak kabor2 lagi. sape free, datang jek kat situ. klu aku ada, aku plan la route mane nak kayuh. klu aku takde, pandai2 korang la nak hala ke mana pon..

satu lagi, pada sedara2 yg baru nak kenal beskal atau baru belajar kayuh basikal, klu rasa2 nak join aku, mari la.. kehadiran anda sangat2 dialu-alukan. jarak ride adalah mengikut kemampuan anda.. yg tak tau langsung pasal beskal pon bole datang, dengan syarat anda ada basikal, kasut ngan helmet.. penyertaan adalah percuma.. mari mari mari !!! (air beli sendiri, makan kat kedai bayar sendiri.. heheh).

arah tuju !

ari tu aku tgh minum ramai2 kat satu restoran. kebetulan datang satu member yg kebetulan tau akan aktiviti berbasikal aku. tgh borak2 tu, dia tanye aku satu soalan.

"ke mana arah tuju korang yg berbasikal ni?"

aku tak jawab soalan tu. dia ni, yg terkenal dengan kepandaian bercakap, terus la bercerita. dia siap suruh aku daftar "kelab" dengan Jabatan Belia Dan Sukan Johor (JBS). dia ni pon bercerita la pasal "kemudahan2", peruntukan, dan segala macam lagi la.. dan dia juga bercerita kisah dirinya yang berkerja keras begitu begini dalam menganjurkan sekelian aktiviti. dan keluar juga cerita tentang bagaimana peserta program anjurannya 'mengajar' dia tentang perkara yg betul.

so, aku simpulkan bahawa arahtuju sedara ni lebih bersifat kewangan dan peruntukan.

so, dalam diam aku menolak cadangan untuk mendaftarkan 'kelab' basikal aku ni ngan JBS. kami tak perlukan peruntukan. kami tak perlukan dewan. kami tak perlukan bantuan itu ini. aku tak sombong. jauh sekali nak kata 'kami mampu buat apa saja tanpa bantuan sesiapa. kami tidak kaya, tapi secara ikhlas, biarlah peruntukan tu sekelian diberikan pada adik2 atau anak2 yang berupaya maju dalam sukan tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan. biar diorg berjaya. biar diorg harumkan nama negeri dan negara. kami yg dah tua ni akan tumpang gembira..

kami yang tua2 ni, cukup sekadar berkumpul di kedai kopi, dan bertemu hujung minggu untuk berkayuh tanpa gangguan sesiapa..

tapi aku fikir gak, ke mana sebenarnya arah tuju kami2 ni semua? aku takde jawapan. kalau org kata kami ni takde arah tuju, biar la. kami tak ganggu orang lain. kami tak mintak duit orang lain. kami tak susahkan orang. cukup la kan? kami berkayuh just for the pure fun of cycling. flowing thru single trails, bombing thru downhils.. and all those related activities.. cukup la kan?

Saturday, December 12, 2009

kayuh malam ala koboi

"kayo malam ala koboi. 11/12. 9 malam. ruza szientex. laluan blom tau. blinker musti ada."

gitu le bunyi sms yg aku sebarkan pd kawan2 sepengayuhan semalam. sebelum ni, dah ramai sgt yg tanye bila nak kayuh mlm, aku pon secara tergesa2 la buat plan.

tp kan.. kat sms tu aku ada tulis 9 malam. aku tak tulis 9:30, tak tulis 10:00.

tp tak dpt gak nak gerak on time, oleh kerana membantu reza memasang rantai baru (cn-7701 yang berkilauan). so, at 9:20 mlm lebih kurang, kitorg pun gerak, menuju ke cahaya masai, kota masai, taman pasir putih, jambatan kim2 dan berpusing di kawasan industri tanjung langsat.. sebelum menghadiahkan ontot beberapa ringgit seorang.. (dah minum kene bayor tau ..)

tapi kan, ada gak umat yg kene tinggal (atas sebab2 keselamatan, nama tidak boleh dinyatakan di sini). so diorg kejor pakai keta. dapat gak la kayuh geli2 sambil gilir bawak keta.. hehe.. takkan nak tinggal keta kan? kang sape lak nak gi amik .. kan2 ?

so... moral or the story - datang la pada masa yg telah diberitahu... :-D

Monday, December 7, 2009

kayuh santai (real punye..)















di atas ialah 2 orang sahabat saya. kedua-duanya masih baru berbasikal.

si baju kuning - saya perkenalkan dengan nama A. menunggang basikal Giant Yukon Disc yg di beli beberapa bulan lalu dan cuma pernah berbasikal dia atas jalan raya. telah melakukan beberapa naiktaraf terhadap basikal beliau.

si baju biru - saya perkenalkan sebagai S. menunggang Nexus Freelance Pro yang di beli terpakai dari seorang kawan (saya tak tau pon basikal tersebut sudah dibayar atau belum). berpengalaman menunggang sejauh lebih kurang 5 km keliling perumahan.

pada 5 Disember 2009, selepas perancangan singkat malam sebelumnya, kami bertiga pon menuju 'trail setia indah 2' (nama yg terpapar pada skrin gps kami). perjalanan awal agak lancar. si A yg sudah melakukan beberapa sessi suaikenal dengan basikalnya dia atas jalanraya menunggang dengan lancar. Si B masih belajar menukar gear, dan dapat menyesuaikan diri selepas lebih kurang 2 km.

dengan bantuan sebiji Garmin Oregon 300 dan sebiji Garmin eTrek Vista, perjalanan kami boleh dikatakan agak lancar dengan beberapa perhentian "take 5" yang selalunya berlanjutan sehingga menjadi 'take 20' atau 'take 30'. hehe.. dan juga beberapa sessi bergambar yang semestinya wajib untuk dijadikan bahan bukti.

akhirnya, selepas 16 km (offroad sekitar 11 km je) dan lawatan ke sebuah kedai basikal di setia indah, kami berjaya sampai ke tempat permulaan pada jam 12:45. berlaku juga beberapa peristiwa 'krem' peha dan krem betis dan aksi2 untuk meredakan ke'krem'an tersebut.. hehe..

ape pon, saya merasa gembira dengan tunggangan hari itu. kalau kira jarak, memang la tak jauh, tp saya mendapat kembali keseronokan menunggang basikal. oh ya.. saya hilang mood utk mengayuh selepas plentong epic ride sebab tayar kenda saya koyak, dan jockey wheel KCNC saya patah 3 gigi. heheh.. (tp dah ganti dengan kenda blue groove dan sepasang joekcy wheel baru)

terima kasih kepada 2 sahabat saya itu. heheh... nanti ada masa kita kayuh lagi ye ? kita gi felda ulu tebrau pulak. 16 km je pegi balek..

Monday, November 16, 2009

bukan mengata, bukan mengutuk

soalan: kenapa korang tak letak marking kat trail ??
jawapan : sebab korang salah jalan. so takde la marking tu kat situ..

well. Plentong Epic Ride dah abes. dah selesai. so keje aku pon dah abes. dah berminggu2 wat keje kat dalam tu.. penat. letih. lapar. dan segala macam rasa lagi laa, semata2 untuk mempersiapkan 'hidangan' untuk semua yg dah mendaftar dan merasa trek & trail plentong.

soalan: how's the track?
jawapan : great man! the single track is very nice..

soalan : amacam bang?
jawapan : gile ah korang.. jalan teruk .. takde marking lagi...

untuk makluman korang.. soalan yg belah atas tu, mat saleh yang jawab. hampir semua jawapan sama. soalan yg bawah tu plak, 'orang kita' yang jawab. hehe.. aku tanak komen ape2 la.. sbb yg baca menda nanti pon orang kita gak.. bangsa kita yg tercinta gak...

tp aku kene cakap satu mende la. tahap 'awareness' orang kita terhadap marking & signage adalah sangat rendah.. atau takde langsung. sebab ape aku cakap camtu? sbb ... err ... malas la aku nak cakap. kang aku cakap, aku salah gak.. kan2 ?

ape pon, tahniah pada semua peserta, tak kira la yang maki atau yang puji.. yang buruk kami ambil, yang baik kami simpan..

Tuesday, October 27, 2009

kasut sidi aku



ini adalah gambar kasut sidi aku. dah buruk dah. takde ape yg menarik pun. tp korang nampak tanah tu tak? heheh..

tanah tu aku kutip kat melaka. ECC Burung Hantu Night Jamboree 2009. aku tak minat la nak citer detail pasal ride tu.. penat..

cuma aku nak cakap - kepada sesiapa yg gagal menghadirkan diri kat sana, ANDA KERUGIAN YANG AMAT SANGAT.

sekian, terima kasih.

Wednesday, September 30, 2009

membaca vs. mendengar

"kau kat mana?"

try korang baca ayat kat atas ni dengan nada berbeza. camne? try la baca:-
1) dengan nada marah
2) dengan nada biasa
3) dengan suara sedih

boleh kan? 2 patah perkataan sama dengan nada berbeza.. dengan INTONASI berbeza, perasaan yg berbeza.. ayat2 tanpa perasaan ini sangat mudah di dapati dalam sms, blog, atau apa saja.. boleh jadi di mana-mana sahaja.

kenapa bole jadi macam tu? sebab membaca tiada intonasi. intonasi dalam pembacaan adalah bergantung kepada interpretasi si pembaca. dan sangat besar kemungkinan untuk si pembaca salah interpretasi ayat yg diterimanya ..

implikasi? sangat selalu ia akan menukar keadaan baik menjadi sebaliknya. dan jarang sekali menukar keadaan buruk menjadi baik. suka ke camtu? anda jawab tidak suka? logik la tu.. mane ada org dalam dunia ni suka mende buruk2 kan? kecuali la ada satu puak tu je.. puak yg perasan dunia ni diorg yg punye..

camne nak elak bab salah baca dan seterusnya salah interpretasi ni?

sentiasa la berSANGKA BAIK. tak rugi kan? bukan kene bayar pon kalau buat cenggitu. bila anda sentiasa bersangka baik pd org lain, org lain pon akan buat yg sama pd anda.. siapa rugi? tiada sesiapa pun.. pesanan saya.. bacalah apa saja yg anda nampak atau terima dengan nada yg baik..

Tuesday, September 29, 2009

raya punye cerita..

salam hari raya.

masa raya ari tu.. ada sorang ckp camni kat aku - "bila kau ada blog, ko bertanggungjawab nak update blog ko. org yg visit blog ko berulang2, tp bila tengok takde update, akan rasa kecewa dan stop lawat blog ko" aku tak ingat la sape cakap camtu.

tp aku dulik ape kan?? klu aku takde bahan nak update, aku biar aje la. takkan aku nak citer pagi bangun kol bape, sahur ape, gi raya kat mane, pastu kene cirit birit... bla la.. tu bukan blog. tu nama dia diari bodoh..

lagi satu.. tempat ni free.. so kene jimat la. bagi peluang kat orang lain guna gak. sila buangkan mentaliti bahwa mende free ni korang bole tibai macam mak bapak korang yang punya! bende free la nak kene jimat.. esok2 bila dah tak free.. korang nak buat camne? sanggup bayar?

kepada kawan2 yang terbaca blog ni, aku nak wish Selamat Hari Raya, beserta ucapan iringan - korang dah kayuh ke blom? aku dah clock lebih 100km lepas raya ni.. heheh.. mungkin ucapan raya ni dah lewat kot, tp takpe la.. skati aku la kan bila aku nak update blog ni.. aku juga minta maaf andai ada sekian banyak TERsalah TERsilap, ataupun disengajakan. klu ada yg terasa tu ... harap dimaafkan. aku ni manusia, kadang2 tak sedar.. main hembus semacam je.. pastu, bab makan minum tu.. kalau ada terlebih terkurang.. harap di halalkan..

open house? tah la.. klu ada aku jemput nanti .. datang la.. klu takde tu .. mintak mahap la ye .. kene minta pendapat encik kocek juga dalam hal ni...

Tuesday, September 8, 2009

basikal aku.. skati aku..



ahaha.. ni beskal aku.. nampak bersih tak? ish.. jangan la tengok tayar dia. tayar dia tu dah lama.. dah kering.. tu yg nampak tak ensem. ari tu aku baraikan beskal ni. tp skang dah siap pasang. siap lubricate, siap greasing.. sampai ke dalam2 pedal (betul ejaan ni? ada org eja padel, atau paddle) pon aku dah grease. cuma flat bar ngan tanduk jek aku lom pasang. kira cam nak jadi XC racing rig la.. haha..

tapi kan.. bila dah kilat ni, sayang plak rasanye nak kayuh. penat la basoh beskal. nanti kayuh sket dah kotor.. dah nak kene cuci lagik... skali kayuh, skali cuci.. dan begitulah seterusnya.. takde cara ke supaya kita takyah cuci beskal tu?

aku ada 2 cara untuk tanak kene cuci beskal tu..
1) takyah cuci
2) takyah ride
haha... aku pilih no 2 la..

tp cuma tak ride offroad la.. aku kan ada roadbike. naik roadbike je la... roadbike tu, kalu nak basuh 2 bukan sekali pon bukan ada org tau.. kalu kotor sket, lap2 sudah.. nampak comel balik.. heheh..

jadi, pada sape2 yg rajin nak ride offroad tu.. sila2kan la... klu ada sape2 tanye, ckp aku dah malas nak basuh beskal.. heheh..

Wednesday, August 26, 2009

ati aku sakit!

sakit ati.
sakit jiwa.
sakit badan.
selagi apa yg boleh rase.. semua sakit.
tp semua merujuk ke satu tempat. semua menuju ke sini.

untuk rujukan. sila ke http://jafamohamed.blogspot.com/2009/08/hati-rabak.html

aku memang nak bagi orang ramai baca mende ni. termasuk la watak2 yg ada dalam cerita tersebut. tapi harus di ingat, karangan tersebut adalah dari perspektif aku, bukan orang lain.

Monday, August 17, 2009

PCC-NEXUS Presidential Ride 2009

yeeehhaa ...
dah abes dah.
mission accomplished. kira personal achievements laa..
sangat syok walaupun badan sakit sana sini.

CP1 - 0940 hrs
CP2 - 1124 hrs
CP3 - 1230 hrs
CP4 - 1426 hrs
finish line - 1432 hrs

stats from my Cateye :
distance : 63.34 km
ride time : 5:09:46
average : 12.1

sangat puas ati. terima kasih daun keladi. lain tahun pergi lagi.
gambar? mane ada daa... aku gi sana nak kayuh beskal, bukan nak amek gambar ..

Monday, July 27, 2009

kakak and her new bike

this is kakak riding her new bike. 6 speed polygon offline, with 40mm front travel and 50mm rear travel.
its a 20" wheel, a bit too big for her..
first time off road. 10.8 km. other stats is still in my cateye.


Monday, June 15, 2009

balik kampung lagi

bersempena dengan majlis perkahwinan anak uncle harun (member of GA cycle, geng ngayuh klu aku kat kapmung), aku pon decide la kayuh balik kampung lagik. aku balik pagi sabtu. oleh kerana org umah aku keje pagi tu, maka aku berlengah2 la mengayuh. aku budget nak sampai lebih kurang saing ngan bini aku.

start : 0810
arrival : 1550
distance : 111.2 km
average speed : 24.2 km/h (slow tuu.. )
route : scientex - j. jaya - tiram - kota tinggi - desaru - bandar penawar - sening
stops : ulu tiram, kedai Lim, Air Tawar 3, Desaru, Bandar Penawar (makan).
refreshment : 4 bottles of Power Bar Endurance + 3 bottles of plain water.

mcm nak pensan la. hari panas terik. macam kene salai je rasanya.. lutut pun dah gigil2. memang teruk betul laa.. nasib baik lutut aku tak buat hal lagi. ape pon, ni ride paling jauh aku penah buat. ada plan nak buat 160km.. tp nanti la. klu ari panas cam skang ni, mau baring tepi jalan aku nanti..

Wednesday, June 3, 2009

Wednesday, May 6, 2009

riding with kakak

she is my only daughter. aged 6, almost. love to ride. she is riding her old 16" single speed mtb. (btw, i ordered her a new bike, its a 6 speed 20" polygon skyline bicycle)

it is a very nice morning on that 25th April. as there is only two of us at home, i cant go offroad with other gerekers.

we went out for a ride, n this is the stats.

distance : 11.2km
average speed : 8.8km max.
speed : 18.2 (me, not her)
.














Wednesday, April 22, 2009

Tuesday, March 31, 2009

MR MoBiC @ PG

terima kasih kepada geng2 dari MR MoBiC atas kunjungan tempohari.


http://mrmobic.blogspot.com/2009/03/mr-mobic-ride-with-pg-gerek.html


Maaf dari kami atas segala kekurangan dah kesilapan.

ride photos available here - http://picasaweb.google.com/jafamohamed/MRMoBiCPG# and will be updated from time to time.

Monday, March 9, 2009

balik kampung

route : taman scientex - jalan masai lama - johor jaya - ulu tiram - kota tinggi - felda sening
total distance : 102.5 km
ride time : 3 hours 55 mins.
doggies : 0 (zero) hehe..
stops : 3 (plentong, kota tinggi, petronas desaru)
money spent : RM7.30
drinks : 2.8 litres of 100plus
bananas : 0 (support car melencong tempat lain)
foods : 1 bar of cadbury crunchie, 1 chocolate twiggies
aweks seen : so many la.. maybe heading to desaru on someone motorbike.
other cyclist seen : none (dunno why la.. normally singaporean will ride to desaru on saturday)
photos : none

Monday, March 2, 2009

orang lama


yesterday, aku kayuh road bike. dari felda sening (umah bapak mentua aku) ke tanjung belungkor. laluan bleh tahan, rolling turun naik bukit.

tp yg paling best, kawan2 aku. semua orang lama dari golongan peneroka felda. semua dah lebih 50 tahun. diorg tak pakai sram ke, campy ke, 105 ke, ultegra ke, hatta sora pon takde. semua pakai beskal oldskool yg pakai rim 27 inci buatan belgium. shifter semua kat downtube. aku pon tak tau mane diorg dapat beskal tu. klu flat, selamba jek maintain 38-42. hoho..


baju merah - wak man. menurut sejarah, pernah ride solo ke mersing.
baju hijau - ijam. ni muda lg. around 30.
baju putih - pak arip. umor aku tak tau. tp botak. pakai rambut palsu.
baju hitam - pakcik harun. dia ni paling gagah. jiran seblah rumah bapak mentua aku.

Monday, February 23, 2009

kebasahan yang terpaksa.. hahahaa..

korang tengok gambar jek la. aku malas mau cerita
gambar tertera adalah menurut urutan.

gambar 1 - melepak kat mashimaro sebelum 'terkene'
gambar 2 - cubaan terjun atas darat yang kantul
gambar 3 - cubaan jenayah terancang oleh kumpulan perancang
gambar 4 - kumpulan teraniaya cuba mengikut jejak langkah kumpulan yg lari
gambar 5 - terjunan terpaksa setelah terjunan pertama atas darat gagal
gambar 6 - merilek dalam air selepas teraniaya
* ada model bogel di lokasi kejadian berlangsung. gambar tidak dapat disiarkan atas sebab2 keselamatan penulis. klu nak nengok gak, sila pergi ke http://picasaweb.google.com/jafamohamed/22februari2009#

Monday, February 16, 2009

something new.. haha..

last sunday, aku n kengkawan (atok, amat, jai, abg yahya, azam n botak) dapat something new during our weekly trail ride. hehe.. sangat syokk woo..

nak tau ape dia? tunggguuuu.. aku akan kasik tau selepas ride 22 Feb nanti. aku nak ajak kawan2 ramai2 turun dan merasai kemeriahannya.. heheh..

Thursday, January 29, 2009

upcoming event

night ride
date : 6 february 2009
RV : ruza scientex
ride time : 2100 hrs (9:00 pm)
route : scientex, cahaya baru, to lower dam and back
mandatory : front light & rear blinker (as we are going thru pitch black area)
open to : everybody with bike (roadies, MTB, freeriders, DHers, japan bike, name it)

PGG Annual General Meeting
date : 7 february 2009
time: 2100 hrs (9:00 pm)
place : Anjung JFC, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.
open to all - 9crankers, pg gerekers, roadies, sape2 saje yg ada basikal.

MULIANO'S farewell ride.
date : 8 february 2009
RV : ruza scientex
ride time : 0730 hrs (7:30 am)
route : T.B.A
open to all weekend warriors

Tuesday, January 20, 2009

jahanam!


i snapped my seatpost bolt. huhu..

masa tu aku tengah sprint ngan dafi, dengan niat nak tgglkan yg laen2 (ada 24 org lg blkg tu) pastu aku nak nyuruk.. skali terdengar bunyi yg agak kuat dari bawah bontot aku.. sah! aku dah tau dah. mmg aku kene balik umah off saddle. heh. mane nak carik bole M5 x 30 kat tgh2 utan tu.


dengan rasa sedikit kechiwa, aku pon soh diorg jalan.. siap salam2 lg. aku ngan jamal ngan .. err.. sape tah nama dia start la pedal. nak balek la kononnye. sempat 200 mtr je, diorg berenti sebelum 1 flowing downhill. terdengar la suara2 yg soh carik bolt lain. siap ada yg bukak skru stem la, headset la. setau aku, takde bolt lain pada basikal yg sama saiz ngan seat post aku tu, melainkan bolt bottle cage. tp, mane ada bolt bottle cage sampai 30mm.. kan? paling panjang pon 20mm.


skali tu.. atok kuarkan skru bottle cage dia.. tu diaa !!!! M5 x 30 countersunk allen cap screw. aku muskil gak. frame dia takleh pun nak pasang bottle cage tu... tp apsal bolt dia sekian panjang? muskil2..


dipendekkan cerita.. aku teruskan la mengayuh ngan diorg selepas memasang bolt tu kat seatpost.. hehe..
aku pon dah dapat dah ganti bolt tu. adik aku amik dari satu seatpost amoeba carbon yang dah crack. same breed.. no modification needed..

tq la tok.. kalo tak, mau berasap kaki aku kayuh dekat 10km off saddle..

Tuesday, January 13, 2009

i should ride more..

i should ride more..
i should ride more..
i should ride more..

why? i dont think i have the strength to endure longer n faster ride.

however, at my age.. recovery is the main culprit.. i can't recover fast enough to do more frequent training..

solution? dunno la.. anybody got any suggestion?

update:
1 of my friend said : ride more.... (refer comments)
err.. to ride more, i need faster recovery.. i cant ride more if i cant recover fast

*sigh....