Wednesday, December 30, 2009

arah tuju !

ari tu aku tgh minum ramai2 kat satu restoran. kebetulan datang satu member yg kebetulan tau akan aktiviti berbasikal aku. tgh borak2 tu, dia tanye aku satu soalan.

"ke mana arah tuju korang yg berbasikal ni?"

aku tak jawab soalan tu. dia ni, yg terkenal dengan kepandaian bercakap, terus la bercerita. dia siap suruh aku daftar "kelab" dengan Jabatan Belia Dan Sukan Johor (JBS). dia ni pon bercerita la pasal "kemudahan2", peruntukan, dan segala macam lagi la.. dan dia juga bercerita kisah dirinya yang berkerja keras begitu begini dalam menganjurkan sekelian aktiviti. dan keluar juga cerita tentang bagaimana peserta program anjurannya 'mengajar' dia tentang perkara yg betul.

so, aku simpulkan bahawa arahtuju sedara ni lebih bersifat kewangan dan peruntukan.

so, dalam diam aku menolak cadangan untuk mendaftarkan 'kelab' basikal aku ni ngan JBS. kami tak perlukan peruntukan. kami tak perlukan dewan. kami tak perlukan bantuan itu ini. aku tak sombong. jauh sekali nak kata 'kami mampu buat apa saja tanpa bantuan sesiapa. kami tidak kaya, tapi secara ikhlas, biarlah peruntukan tu sekelian diberikan pada adik2 atau anak2 yang berupaya maju dalam sukan tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan. biar diorg berjaya. biar diorg harumkan nama negeri dan negara. kami yg dah tua ni akan tumpang gembira..

kami yang tua2 ni, cukup sekadar berkumpul di kedai kopi, dan bertemu hujung minggu untuk berkayuh tanpa gangguan sesiapa..

tapi aku fikir gak, ke mana sebenarnya arah tuju kami2 ni semua? aku takde jawapan. kalau org kata kami ni takde arah tuju, biar la. kami tak ganggu orang lain. kami tak mintak duit orang lain. kami tak susahkan orang. cukup la kan? kami berkayuh just for the pure fun of cycling. flowing thru single trails, bombing thru downhils.. and all those related activities.. cukup la kan?

2 comments:

akmalhizam said...

aku setuju dgn perenggan yang last tu.

Angah said...

agak2 bila daftar akan dapat tak semua tu secara otomatik..?teeeettttttt