di atas ialah 2 orang sahabat saya. kedua-duanya masih baru berbasikal.
si baju kuning - saya perkenalkan dengan nama A. menunggang basikal Giant Yukon Disc yg di beli beberapa bulan lalu dan cuma pernah berbasikal dia atas jalan raya. telah melakukan beberapa naiktaraf terhadap basikal beliau.
si baju biru - saya perkenalkan sebagai S. menunggang Nexus Freelance Pro yang di beli terpakai dari seorang kawan (saya tak tau pon basikal tersebut sudah dibayar atau belum). berpengalaman menunggang sejauh lebih kurang 5 km keliling perumahan.
pada 5 Disember 2009, selepas perancangan singkat malam sebelumnya, kami bertiga pon menuju 'trail setia indah 2' (nama yg terpapar pada skrin gps kami). perjalanan awal agak lancar. si A yg sudah melakukan beberapa sessi suaikenal dengan basikalnya dia atas jalanraya menunggang dengan lancar. Si B masih belajar menukar gear, dan dapat menyesuaikan diri selepas lebih kurang 2 km.
dengan bantuan sebiji Garmin Oregon 300 dan sebiji Garmin eTrek Vista, perjalanan kami boleh dikatakan agak lancar dengan beberapa perhentian "take 5" yang selalunya berlanjutan sehingga menjadi 'take 20' atau 'take 30'. hehe.. dan juga beberapa sessi bergambar yang semestinya wajib untuk dijadikan bahan bukti.
akhirnya, selepas 16 km (offroad sekitar 11 km je) dan lawatan ke sebuah kedai basikal di setia indah, kami berjaya sampai ke tempat permulaan pada jam 12:45. berlaku juga beberapa peristiwa 'krem' peha dan krem betis dan aksi2 untuk meredakan ke'krem'an tersebut.. hehe..
ape pon, saya merasa gembira dengan tunggangan hari itu. kalau kira jarak, memang la tak jauh, tp saya mendapat kembali keseronokan menunggang basikal. oh ya.. saya hilang mood utk mengayuh selepas plentong epic ride sebab tayar kenda saya koyak, dan jockey wheel KCNC saya patah 3 gigi. heheh.. (tp dah ganti dengan kenda blue groove dan sepasang joekcy wheel baru)
terima kasih kepada 2 sahabat saya itu. heheh... nanti ada masa kita kayuh lagi ye ? kita gi felda ulu tebrau pulak. 16 km je pegi balek..
2 comments:
nak gi felda tebrau nanti, iklankan pada kami heh. masuk dari bestari indah pun ok panjang.
nak hikotttt
Post a Comment