Tuesday, January 20, 2009

jahanam!


i snapped my seatpost bolt. huhu..

masa tu aku tengah sprint ngan dafi, dengan niat nak tgglkan yg laen2 (ada 24 org lg blkg tu) pastu aku nak nyuruk.. skali terdengar bunyi yg agak kuat dari bawah bontot aku.. sah! aku dah tau dah. mmg aku kene balik umah off saddle. heh. mane nak carik bole M5 x 30 kat tgh2 utan tu.


dengan rasa sedikit kechiwa, aku pon soh diorg jalan.. siap salam2 lg. aku ngan jamal ngan .. err.. sape tah nama dia start la pedal. nak balek la kononnye. sempat 200 mtr je, diorg berenti sebelum 1 flowing downhill. terdengar la suara2 yg soh carik bolt lain. siap ada yg bukak skru stem la, headset la. setau aku, takde bolt lain pada basikal yg sama saiz ngan seat post aku tu, melainkan bolt bottle cage. tp, mane ada bolt bottle cage sampai 30mm.. kan? paling panjang pon 20mm.


skali tu.. atok kuarkan skru bottle cage dia.. tu diaa !!!! M5 x 30 countersunk allen cap screw. aku muskil gak. frame dia takleh pun nak pasang bottle cage tu... tp apsal bolt dia sekian panjang? muskil2..


dipendekkan cerita.. aku teruskan la mengayuh ngan diorg selepas memasang bolt tu kat seatpost.. hehe..
aku pon dah dapat dah ganti bolt tu. adik aku amik dari satu seatpost amoeba carbon yang dah crack. same breed.. no modification needed..

tq la tok.. kalo tak, mau berasap kaki aku kayuh dekat 10km off saddle..

1 comment:

Anonymous said...

kalu tak kenangan berulang la mcm aritu... heheh heh he

~sero~