err.. tajuk di atas adalah gimik dan rekaan semata2.. jangan terpedaya.
skang dah musim cuti skolah. mcm dulu2 gak.. banyak ada aktiviti extra-curricular berlaku dalam musim cuti sekolah ni. tak kira la cuti skolah tu berkaitan dan ngan musim ujan ke.. ngan musim durian ke.. ataupun musim bas eksiden.
menariknya mucim cuti skolah ni, ramai mak bapak yg buat keputusan nak kawinkan anak, dan pasangan pengantin yg sebok mengahwinkan diri sendiri. er... maksud aku nikah la... siap ngan acara kompang dan sanding2.. diikuti dengan acara mengundur pada hari seterusnya.. atau minggu seterusnya jikalau kampung pasangan pengantin terletak berjauhan.
kahwin ni bagus dari macam2 segi.. mengeratkan silaturrahim 2 buah keluarga, menambah sedara mara,, menambah umat, mendatangkan kesedapan dan macam2 lagi la. nak sedap lagi bunyi dia.. org selalu mendirikan masjid. yang aku tau, berkahwin ni adalah di antara 3 perkara penting yg berlaku dalam hidup seseorang manusia. pertamanya dia lahir kedunia ni. ketiganya dia meninggalkan dunia ni. dan yg kedua tu adalah berkahwin. betapa tinggi nilai perkahwinan itu sendiri...
so, tak terlambat rasanya aku nak ucap Selamat Pengantin Baru pada rakan sepermainan aku - inche Mohd Alfishahrin a.k.a Inche Melaka dan pasangannya Puan Noraisyah Zainal a.k.a Sha. semoga dengan perkahwinan itu akan mendatangkan keberkatan, dimurahkan rezeki dan sekian2 ucapan yg muluk2 la.. termasuk la semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
minggu yg sama juga, ada sorang lagik kawan yg dah lama aku tak jumpa turut melangsungkan perkahwinan. aku tak tau plak la bila dia ni jadi artis. tp sebab dia tak kasik tau pon dia nak kawin, aku pon anggap la dia ni dah jadik artis.. ye la kan, mana ada puak lain buat perangai tak senonoh macam tu kan?
aku tak marah pon dia tak kasik tau dan tak jemput aku. aku mmg jenis org yg payah nak amik kesah sangat pasal tepi kain orang lain ni.. aku pon tak la kebulor sangat nak makan nasik minyak dia tu.. tp kan, at least bagi peluang la kat kawan2 ucap tahniah sepatah dua kata.. dan mungkin tolong doa dia bahagia ke anak cucu.. lepas dapat cucu, sukati dia la kan.. tp dah dia tak kasik tau.. camne nak tolong doa yg baik2.. kan2?
Wednesday, March 17, 2010
kawan aku artis
at 12:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment