Friday, March 19, 2010

wheelset building..

gempak tak tajuk di atas? haha..

jumaat lepas, masa kayuh mlm, wife aku komplen.. ada bunyik kat beskal dia. bila aku check, confirm bearing belakang dah ranap. hub shimano, klu dah ranap, mmg takde maap dah. dah tau dah mmg kene ganti punya.

oleh kerana ahad lepas sedara Abdul Wahid of ECC n Mr. MoBIC nak kayuh beskal tu, maka aku pon masukkan la wheelset crossride ngan brek hayes el camino kat beskal bini aku. both item taken from my white fastrax. aku ingat babitkan awek angkat aku si Anthem, tp takmo kacau la parts dia.. kang tuan dia marah. hehe..

so now, fastrax aku cuma ada brek 485 yg aku benci tu, tp takde wheelset. leps pikir2, aku dapat idea nak convert fastrax tu ke V-brake. haha.. kasik ringan. secara filsof nye, yg ringan akan lebih laju (walaupun sebenarnya amat bergantung kepada 'enjin' basikal tersebut).so, aku cadang nak convert wheelset wife aku yg dah ranap tu jadik V-brake punye wheelset, pstu tarok kat fastrax aku.

yah2.. start pojek.
first day (rabu) - carik v-brake set. dapat murah dari satu kedai. org trade in kat dia. pastu carik satu hub deore. dapat gak murah. tp manyak cilakak la.. hub deore tu 32 hole. rim aku 28 je.. 28????? ni ape keturunan da.. ape macam selama ni aku boleh tak perasan rim tu 28 lubang.. mlm tu aku cuma dapat cerai2kan wheelset tu jek.. huh.. kechiwa sungguh. takpe2..

second day (khamis) - kene repeat kat tpt yg aku dapat hub deore tu.. nasib baik dia ada hub Novatec V-brake 28 hole. haha.. kene top-up duit sket. takpe la. so mlm tu aku bedal pasang wheelset tu. mcm biasa, infos n technical data boleh di gugel. aku pon pasang la.. lalala.. berjaya! yes!

tp kan.. kantul pulak bab truing. aku lak takde mende menatang device yg bole membantu truing.. takpe.. pasang cable tie kat chain stay n mula truing wheel belakang. slow2 buat. berjaya! haha.. cantek jek lurus. tapi kan.. apsal turun naik? hahaha.. kantul lagik. tp takpe. nanti aku settle slow2. ada seminggu lagi seblum nite ride mggu depan.



sekian sahaja laporan progress kemajuan buat hari ni.. nanti dah jadik.. aku update lagik.

3 comments:

akmalhizam said...

waa another milestone.

BC Kelolo said...

Yaaaa...seronot wooo buat wheelbuilding (wheeldestructing?) sendiri. Angkat la satu mesin truing tu...Tontong ngan Akmal, mesti dia nak. Pastu, abis la suma rim kat JB kena true and fair view nanti...

mynameiskoko said...

Whellbuilding memang seronok...