Tuesday, January 26, 2010

jiran saya



ini adalah kereta "jiran saya". err.. nama dia saya tak tau la plak.
rumah dia yang ada keta pesona hitam tu (sila rujuk gambor).

gambar ni saya ambil kira2 jam 9:30 pagi. maknanya tuan keta ni dah takde kat umah. dah pegi keje. tuan dia gi keje naik motor dan meninggalkan kenderaan ini dalam keadaan yang tidak sepatutnya..

so, pada kawan2 yang baca entry hi, harap dapat hantarkan komen anda dan

1) senaraikan kesalahan2 yang dilakukan pemilik kenderaan ini.
2) nyatakan kesan2 yang mungkin berlakudari senario ini.
3) dan juga kalau bole cadangan2 tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik kenderaan ini. (er.. jgn yg bukan2 tau.. aku tak mau kena soal siasat ngan SKMM)..

kerjasama anda semua sangat dihargai.

notalutut : klu sape kenal tuan keta ni, bole la kabor ke dia.

8 comments:

cikman said...

kena tepon MPPG nih

Asmade Salam said...

Salam..

Antara kesalahan owner keta ni..
1) Parkir kenderaan dekat persimpangan.
2) Parkir kenderaan dekat Tanda Berhenti.
3) Parkir kenderaan menghalang Pili Bomba
4) Parkir kenderaan dekat selekoh

kalu aku bawak treler... alangkah indahnya.. memang akan aku sapu abis side kiri keta Naza Ria tu...

Tindakan owner:-
1) Pentingkan diri sendiri dan menyusahkan org lain
2) Menghalang tugas2 Bomba
3) Membahayakan pemandu kenderaan lain nak keluar simpang

sekian.. hehe..

sero said...

jang..kasi telefon MPPG je, diorg ade servis tunde-menunde lagi kan?...
bole gak tambah hasil pihak berkuase tempatan...

warheadMR MoBiC said...

kalu aku jadik bomba..aku pecahkan aje cermin keta dia tu..huhuhuhuhu

akmalhizam said...

anda ada rantai beskal terpakai?
loopkan saja satu kali kat salah satu tayar tu.
letak nota siket kat situ (copy paste komen dari BHF1932 dah cukup dah).

Angah said...

Salam

Komen takde kena mengena ngan entry..

Kedai beskal Abg Rahim kat sebelah Secret Recipe Indera Mahkota Kuantan. Satu jalan ngan UIA dan Kompleks Kementerian Dalam Negeri.

Unknown said...

ini adalah senario yg sgt selalu kedapatan di mana2 kawasan perumahan. kesalahan? sangat banyak
kebodohan? sangat terserlah sebeno nye dik.. dia nak beritahu dunia yg dia mampu berhutang tapi tak pasti samada boleh bayo hutang kete tu sampai habis...Kesimpulannya..setiap kali ada persaan susah untuk org lain...akak pasti dia kena sumpah seranah! suwey la....

Dkna Abza said...

cian kete nie..x bersalah..salahkan owner :)