Monday, January 18, 2010

GA Fun Ride

ok.
GA fun ride is over. habis. selesai. tamat.

aku rasa ramai yg nampak aku kat sana, siap pakai baju GA cycling lagi. tapi kan, aku bukan ahli diorang. masa ride tu, aku cuma salah seorang kawan diorang yg menyumbang tenaga demi kelancaran acara tersebut, dah aku rasa, sumbangan aku tu kecik aje.

aku takmo puji acara tu - sebab aku kawan diorang.
aku pon takmo kutuk - sebab aku pun kawan diorang.

tapi, seperti biasa la.. banyak isu berkenaan trail. ada yang tak jumpa marking. huh! apsal orang lain bole jumpa? kenapa awak tak jumpa? tanya diri sendiri.. kang klu aku tolong jawab kang, korang terasa plak. so, korang pikir la sendiri. penganjur ni manusia juga. buat silap juga. tapi tak adil la kalau nak put the blame solely on the organizer.. korang kayuh beskal, diorang pon kayuh beskal gak.. ape ada beza?

dan aku merasa sikit kesal atas peristiwa maki-memaki ni. aku pon tak kenal orang tu personally.. tp nak wat cemane kan? dah tempat tu terlepas pandang.. tak larat woo nak kaver semua.. (tapi kan, sape sebenarnya terlepas pandang kat sini? peserta ke penganjur?)

menurut pemandangan aku la.. banyak perkara boleh diperbaiki. penganjur bole buat post-event meeting utk memperbaiki kelemahan.

tapi, penganjur je ke kene buat camtu? peserta pon aku rasa kene buat post-mortem jugak la.. banyak mende kene belajar. budak kecik yg makan bersuap tu pon lama2 pandai gak suap sendiri.. kan? so.. sila la mula belajar untuk menyuap diri sendiri..

selamat mengayuh sambil menyuap.

2 comments:

Shahrule said...

En. panjang ayat ko makin hari makin puitis la plak.. selamat mengayuh sambil menyuap!

akmalhizam said...

yang tak jumpa marking tu sebab laju sangat kot. dah dalam 200m tak jumpa marking, patah balik aje la.
bakpe nak laju2 pong, dah namanya Fun Ride. anyway, ride tu ride untuk aku jumpa kawan2, bukan nak berlawan (lumba).
it was a good event for locals. simple aje. kena ada lagi dalam kalendar tahun depan.