Saturday, November 22, 2008

sidi !


ini ada lah sepasang kasut SIDI GIAU. model 2009. kaler itam. saiz 42. with 3 velcro straps. lorica top n sidi competition sole. comes new, in box, with user manual, 4 pcs of allen screw & a pc of allen key that matches that screws.

ya! ini adalah kasut baru saya. kasut yang saya oder melalui encik angah setelah kasut yang saya guna sekarang, sudah boleh dikira dah jahanam a.k.a total lost. dah main ikat2 pakai cable tie dah. dah banyak jasa kasut tu, n dah jauh dia ikut aku kayuh.

harga? kat us $209.99. kat indon 1,390,000 rupiah. kat singapore plak $ 195. tapi oleh kerana aku dok kat malaysia, kene bayar pakai rm la. sebab angah beli kasut tu kat temasik, aku kene bayar kat angah sekitar 4 ratus lebih selepas diskaun. (tapi setakat artikel ini di tulis, aku masih belum bayar ape2 pun kat angah. hehe..)

oh ye.. sok pagi, aku nak ride kat area sini. kira cam farewell ride utk kasut shimano aku. kira2, bersara dari dunia professional n competitive la.. bila2 nanti, aku sarung gak la.. buat jalan2 kat taman ke.. buat men bola ke.. kan2?


gud bye shimano! welcome sidi !

Friday, November 21, 2008

pls vote ..

aku ada cadangan baru ni. tp nak gak dengar ulasan dan cadangan korang gaks.

aku cadang nak ubah tempat berkumpul dari Ruza Nusa Damai ke Ruza Taman Scientex.

rasional:

  • tempat parking yg lebih teratur dan selesa.
  • kita bole kuar dari mane2.. cth: kebun tembikai, chy baru.. n tak payah pedal masuk semula. ke dalam nusa damai utk amek keta. skang ni, asek kuar kat kandang kuda jek.. busan seyy...
  • lebih mudah dikenalpasti berdasarkan terpacaknya kolej komuniti di kawasan tersebut.
  • kat situ nama dia ruza gak .. kan?
  • lebih dekat ngan umah aku.. so aku takyah kayuh jauh2.. heheh...

amacam?
sila vote melalui komen. atau sms ke no hp aku ..
(pada yg berkenaan sahaja laa.. sape yg tak kayuh kat area aku, sila tak payah vote)

panasss !!!!!!!!!

sila rujuk web ni - http://www.jerit.org/

sebagai penunggang basikal riadah - aku menolak.

aku akui, niat mereka baik. memperjuangkan hak2 kalangan marhaen. sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk memperjuangkan hak orang lain. sanggup bersusah untuk melihat orang lain menjalani kehidupan yang lebih baik.

sebagai rakyat malaysia, aku tidak menolak untuk menyokong diorg. tapi aku tidak mahu masyarakat pembasikal DIPERGUNAKAN oleh mereka2 yg punya agenda, baik politik atau pertubuhan masing2.

persoalannya :-

kenapa basikal?

kenapa tidak kelab 'belia' berkereta yg kononnya belia dan bersangkut paut ngan 'jabatan belia' tapi bawak keta macam jalan ni bapak diorg yg punya?

kenapa tidak dipergunakan kumpulan2 bermotosikal yang selalu pergi buat 'kebajikan' di sana-sini dengan kelajuan melebihi 200km/h tu?

atau bukan persatuan mat2 rempit yang bila pilihanraya, dikumpulkan untuk buat gerak-gempur (a.k.a buat bising di kampung2 orang).

kenapa basikal, dan di ajak pula pembasikal2 riadah ini untuk sama2 menyokong kempen mereka, di atas basikal masing2? kenapa tak ajak orang-orang kampung yg memang gi keje naik basikal sebab tak mampu nak isi minyak kapchai mereka ?

wahai sahabat2ku sekalian, fikir2kanlah. jika kayuhan ini berjaya, anda tidak akan menjadi hero di mata masyarakat. jika kayuhan ini berjaya atau gagal, anda akan di lihat sebagai penentang di mata orang lain.

aku cuma tidak mahu riadah kita pada hari ahad, atau di mana2 jamboree, atau di mana2 juga, dalam keadaan apa - di tafsirkan sebagai perhimpunan haram para penantang oleh mata-mata yang memandang..

di akhirannya, anda jadi ape? KAMBING HITAM? ya .. sangat berkemungkinan..

nota : ini adalah pandangan peribadi, tanpa tujuan untuk menghasut atau mempengaruhi sesiapa. tepuk dada, tanya selera.

Monday, November 17, 2008

plentong hash

tamo cerita ah..
ride cam biasa jek.

aku jadik hares (kalau guna perkataan gembala bleh tak?)
ride start at 10.15, n aku sampai balek kat umah neo kol 2:30 ngan group paling last (ngan tim n jesus)
\
komen - tiada

moral - pon takde gak. heheh..

kalo nak tengok gambor, sila la pegi kat tempat david ngan melaka (setakat yg aku jumpa laa)

next week, aku nak masuk part of the trail. start kat ruza, masuk flora height.. n off we gooo....


sape maw juin? bawak beskal gi ruza pagi2 ahad..

Monday, November 3, 2008

kayuh2 ayam..

sunday. 2 november 2008.

39 rider. aku bukan sangat berpengalaman. tp hasil pengalaman aku, musti ada poblem hari ni. satu keje gila nak lead group sebesar ni. kene lak aku tak tau fitness level masing2..

ada beberapa insiden berlaku hari ni.

  • satu grup terputus dari main group. satu hal plak nak mencari. seb baik senang carik.
  • 2 orang sesat. joe kenit @ joe tengkorak ngan zam. yg ni bukan tertinggal, tp dah terkedepan sgt sampai aku pon tak tau dia ada kat depan.
  • terdapat beberapa orang yg cramp. no comment pada yg first time kayuh.
kalo dulu, aku akan hangin pada kadar segera. siap sumpah2 lagi. tp ari ni aku tak marah lak.. hehe.. penat la nak marah. semua dah tua2, n sepatutnya tau adab sopan dalam group riding..

moral ride hari ni
  • sentiasa monitor siapa belakang anda. kalu rasa belakang korang takde orang, stop n wait. bila dah nampak diorg, baru jalan. tp kalo tgh layan donhill syok2, jgn la benti. amalan ni kene buat time kat simpang2, cabang jalan n mane2 la yg ada cabang.. sentiasa ingat kawan2.. bukan anda sorang jek yg nak enjoy..
  • jangan memandai2. always follow the leader (dalam konteks ni, leader adalah aku). belum tentu apa yg kita tau tu sama ngan plan leader..
  • tak guna ada rig mahal kalo kayuh cam ayam. saya mintak maaf la kalo ada sesape yg juin saya semalam terasa. awak ada ruang utk dapat toy yg jauh lebih baik dari org lain, so guna la sebaiknya. takde guna beskal ringan cam kertas tapi kena sorong naik bukit.
ride safely.