Tuesday, March 23, 2010

wheelset building.. update

err.. takde ape nak update pon sebenornya.. haha..

wheelset aku tu skang ada kat kedai tajudin. hantar pi truing.

dengan peralatan yg seba tak ada, ngan masa yg tak ada, aku hantor je pd yang pakar. kira projek aku tu halfway done la.. haha.. kantul2

tp takpe.. aku dapat tambah sikit ilmu. camne nak lacing. jenis2 lacing. camne nak cross spoke tu.. nak selang brape. klu hub cenggini nak wat cemane, klu hub cenggitu nak wat camne lak.. tu semua hands-on experience. (tapi ingat - pastikan jumlah lubang pada hub adalah sama dengan jumlah lubang pd rim.. ha ha ha)

dapat gak ilmu on something yg aku tak dapat nak buat sendiri. aku tau gak la teori2 truing. klu camni, kene wat camtu, klu camtu, kene wat camni lak. tau la jugak, walaupun tak tau nak buat. :D

ok la.. ari kamis amik wheelset kat tajudin, setting v-brake, pasang tayar.. then dah bleh kayuh. done.

tp kan, frame aku dah takde tiang yg tempat pasang v-brake tu. adoih.. dulu ada mende tu, gatal pi buang. skang nak pakai, sebok tanya kat member2..

moral of d stori: jangan buang tiang v-brake anda. ketahuilah olehmu bahawa v-brake itu sesungghunya adalah jauh lebih ringan drpd disc.

sekian

Friday, March 19, 2010

wheelset building..

gempak tak tajuk di atas? haha..

jumaat lepas, masa kayuh mlm, wife aku komplen.. ada bunyik kat beskal dia. bila aku check, confirm bearing belakang dah ranap. hub shimano, klu dah ranap, mmg takde maap dah. dah tau dah mmg kene ganti punya.

oleh kerana ahad lepas sedara Abdul Wahid of ECC n Mr. MoBIC nak kayuh beskal tu, maka aku pon masukkan la wheelset crossride ngan brek hayes el camino kat beskal bini aku. both item taken from my white fastrax. aku ingat babitkan awek angkat aku si Anthem, tp takmo kacau la parts dia.. kang tuan dia marah. hehe..

so now, fastrax aku cuma ada brek 485 yg aku benci tu, tp takde wheelset. leps pikir2, aku dapat idea nak convert fastrax tu ke V-brake. haha.. kasik ringan. secara filsof nye, yg ringan akan lebih laju (walaupun sebenarnya amat bergantung kepada 'enjin' basikal tersebut).so, aku cadang nak convert wheelset wife aku yg dah ranap tu jadik V-brake punye wheelset, pstu tarok kat fastrax aku.

yah2.. start pojek.
first day (rabu) - carik v-brake set. dapat murah dari satu kedai. org trade in kat dia. pastu carik satu hub deore. dapat gak murah. tp manyak cilakak la.. hub deore tu 32 hole. rim aku 28 je.. 28????? ni ape keturunan da.. ape macam selama ni aku boleh tak perasan rim tu 28 lubang.. mlm tu aku cuma dapat cerai2kan wheelset tu jek.. huh.. kechiwa sungguh. takpe2..

second day (khamis) - kene repeat kat tpt yg aku dapat hub deore tu.. nasib baik dia ada hub Novatec V-brake 28 hole. haha.. kene top-up duit sket. takpe la. so mlm tu aku bedal pasang wheelset tu. mcm biasa, infos n technical data boleh di gugel. aku pon pasang la.. lalala.. berjaya! yes!

tp kan.. kantul pulak bab truing. aku lak takde mende menatang device yg bole membantu truing.. takpe.. pasang cable tie kat chain stay n mula truing wheel belakang. slow2 buat. berjaya! haha.. cantek jek lurus. tapi kan.. apsal turun naik? hahaha.. kantul lagik. tp takpe. nanti aku settle slow2. ada seminggu lagi seblum nite ride mggu depan.



sekian sahaja laporan progress kemajuan buat hari ni.. nanti dah jadik.. aku update lagik.

Wednesday, March 17, 2010

kawan aku artis

err.. tajuk di atas adalah gimik dan rekaan semata2.. jangan terpedaya.

skang dah musim cuti skolah. mcm dulu2 gak.. banyak ada aktiviti extra-curricular berlaku dalam musim cuti sekolah ni. tak kira la cuti skolah tu berkaitan dan ngan musim ujan ke.. ngan musim durian ke.. ataupun musim bas eksiden.

menariknya mucim cuti skolah ni, ramai mak bapak yg buat keputusan nak kawinkan anak, dan pasangan pengantin yg sebok mengahwinkan diri sendiri. er... maksud aku nikah la... siap ngan acara kompang dan sanding2.. diikuti dengan acara mengundur pada hari seterusnya.. atau minggu seterusnya jikalau kampung pasangan pengantin terletak berjauhan.

kahwin ni bagus dari macam2 segi.. mengeratkan silaturrahim 2 buah keluarga, menambah sedara mara,, menambah umat, mendatangkan kesedapan dan macam2 lagi la. nak sedap lagi bunyi dia.. org selalu mendirikan masjid. yang aku tau, berkahwin ni adalah di antara 3 perkara penting yg berlaku dalam hidup seseorang manusia. pertamanya dia lahir kedunia ni. ketiganya dia meninggalkan dunia ni. dan yg kedua tu adalah berkahwin. betapa tinggi nilai perkahwinan itu sendiri...

so, tak terlambat rasanya aku nak ucap Selamat Pengantin Baru pada rakan sepermainan aku - inche Mohd Alfishahrin a.k.a Inche Melaka dan pasangannya Puan Noraisyah Zainal a.k.a Sha. semoga dengan perkahwinan itu akan mendatangkan keberkatan, dimurahkan rezeki dan sekian2 ucapan yg muluk2 la.. termasuk la semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

minggu yg sama juga, ada sorang lagik kawan yg dah lama aku tak jumpa turut melangsungkan perkahwinan. aku tak tau plak la bila dia ni jadi artis. tp sebab dia tak kasik tau pon dia nak kawin, aku pon anggap la dia ni dah jadik artis.. ye la kan, mana ada puak lain buat perangai tak senonoh macam tu kan?

aku tak marah pon dia tak kasik tau dan tak jemput aku. aku mmg jenis org yg payah nak amik kesah sangat pasal tepi kain orang lain ni.. aku pon tak la kebulor sangat nak makan nasik minyak dia tu.. tp kan, at least bagi peluang la kat kawan2 ucap tahniah sepatah dua kata.. dan mungkin tolong doa dia bahagia ke anak cucu.. lepas dapat cucu, sukati dia la kan.. tp dah dia tak kasik tau.. camne nak tolong doa yg baik2.. kan2?