Wednesday, September 30, 2009

membaca vs. mendengar

"kau kat mana?"

try korang baca ayat kat atas ni dengan nada berbeza. camne? try la baca:-
1) dengan nada marah
2) dengan nada biasa
3) dengan suara sedih

boleh kan? 2 patah perkataan sama dengan nada berbeza.. dengan INTONASI berbeza, perasaan yg berbeza.. ayat2 tanpa perasaan ini sangat mudah di dapati dalam sms, blog, atau apa saja.. boleh jadi di mana-mana sahaja.

kenapa bole jadi macam tu? sebab membaca tiada intonasi. intonasi dalam pembacaan adalah bergantung kepada interpretasi si pembaca. dan sangat besar kemungkinan untuk si pembaca salah interpretasi ayat yg diterimanya ..

implikasi? sangat selalu ia akan menukar keadaan baik menjadi sebaliknya. dan jarang sekali menukar keadaan buruk menjadi baik. suka ke camtu? anda jawab tidak suka? logik la tu.. mane ada org dalam dunia ni suka mende buruk2 kan? kecuali la ada satu puak tu je.. puak yg perasan dunia ni diorg yg punye..

camne nak elak bab salah baca dan seterusnya salah interpretasi ni?

sentiasa la berSANGKA BAIK. tak rugi kan? bukan kene bayar pon kalau buat cenggitu. bila anda sentiasa bersangka baik pd org lain, org lain pon akan buat yg sama pd anda.. siapa rugi? tiada sesiapa pun.. pesanan saya.. bacalah apa saja yg anda nampak atau terima dengan nada yg baik..

No comments: