ini adalah kereta "jiran saya". err.. nama dia saya tak tau la plak.
rumah dia yang ada keta pesona hitam tu (sila rujuk gambor).
gambar ni saya ambil kira2 jam 9:30 pagi. maknanya tuan keta ni dah takde kat umah. dah pegi keje. tuan dia gi keje naik motor dan meninggalkan kenderaan ini dalam keadaan yang tidak sepatutnya..
so, pada kawan2 yang baca entry hi, harap dapat hantarkan komen anda dan
1) senaraikan kesalahan2 yang dilakukan pemilik kenderaan ini.
2) nyatakan kesan2 yang mungkin berlakudari senario ini.
3) dan juga kalau bole cadangan2 tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik kenderaan ini. (er.. jgn yg bukan2 tau.. aku tak mau kena soal siasat ngan SKMM)..
kerjasama anda semua sangat dihargai.
notalutut : klu sape kenal tuan keta ni, bole la kabor ke dia.
Tuesday, January 26, 2010
jiran saya
Monday, January 18, 2010
GA Fun Ride
ok.
GA fun ride is over. habis. selesai. tamat.
aku rasa ramai yg nampak aku kat sana, siap pakai baju GA cycling lagi. tapi kan, aku bukan ahli diorang. masa ride tu, aku cuma salah seorang kawan diorang yg menyumbang tenaga demi kelancaran acara tersebut, dah aku rasa, sumbangan aku tu kecik aje.
aku takmo puji acara tu - sebab aku kawan diorang.
aku pon takmo kutuk - sebab aku pun kawan diorang.
tapi, seperti biasa la.. banyak isu berkenaan trail. ada yang tak jumpa marking. huh! apsal orang lain bole jumpa? kenapa awak tak jumpa? tanya diri sendiri.. kang klu aku tolong jawab kang, korang terasa plak. so, korang pikir la sendiri. penganjur ni manusia juga. buat silap juga. tapi tak adil la kalau nak put the blame solely on the organizer.. korang kayuh beskal, diorang pon kayuh beskal gak.. ape ada beza?
dan aku merasa sikit kesal atas peristiwa maki-memaki ni. aku pon tak kenal orang tu personally.. tp nak wat cemane kan? dah tempat tu terlepas pandang.. tak larat woo nak kaver semua.. (tapi kan, sape sebenarnya terlepas pandang kat sini? peserta ke penganjur?)
menurut pemandangan aku la.. banyak perkara boleh diperbaiki. penganjur bole buat post-event meeting utk memperbaiki kelemahan.
tapi, penganjur je ke kene buat camtu? peserta pon aku rasa kene buat post-mortem jugak la.. banyak mende kene belajar. budak kecik yg makan bersuap tu pon lama2 pandai gak suap sendiri.. kan? so.. sila la mula belajar untuk menyuap diri sendiri..
selamat mengayuh sambil menyuap.