Wednesday, December 30, 2009

sharing and caring..

err.. tajuk dia atas macam tak relevan jek. tp ape aku kesah.. kan?

pengumuman.. pada ahlil2 yang baca ni, aku nak kasik tau, ari jumaat malam sabtu tiap2 minggu ada kayuh malam. kumpul kat Kafe Ruza Taman Scientex. time 9:00 malam. pasni aku dah tak sms korang lagi dah. bukan lokek, tp ni acara tetap, takyah nak kabor2 lagi. sape free, datang jek kat situ. klu aku ada, aku plan la route mane nak kayuh. klu aku takde, pandai2 korang la nak hala ke mana pon..

satu lagi, pada sedara2 yg baru nak kenal beskal atau baru belajar kayuh basikal, klu rasa2 nak join aku, mari la.. kehadiran anda sangat2 dialu-alukan. jarak ride adalah mengikut kemampuan anda.. yg tak tau langsung pasal beskal pon bole datang, dengan syarat anda ada basikal, kasut ngan helmet.. penyertaan adalah percuma.. mari mari mari !!! (air beli sendiri, makan kat kedai bayar sendiri.. heheh).

arah tuju !

ari tu aku tgh minum ramai2 kat satu restoran. kebetulan datang satu member yg kebetulan tau akan aktiviti berbasikal aku. tgh borak2 tu, dia tanye aku satu soalan.

"ke mana arah tuju korang yg berbasikal ni?"

aku tak jawab soalan tu. dia ni, yg terkenal dengan kepandaian bercakap, terus la bercerita. dia siap suruh aku daftar "kelab" dengan Jabatan Belia Dan Sukan Johor (JBS). dia ni pon bercerita la pasal "kemudahan2", peruntukan, dan segala macam lagi la.. dan dia juga bercerita kisah dirinya yang berkerja keras begitu begini dalam menganjurkan sekelian aktiviti. dan keluar juga cerita tentang bagaimana peserta program anjurannya 'mengajar' dia tentang perkara yg betul.

so, aku simpulkan bahawa arahtuju sedara ni lebih bersifat kewangan dan peruntukan.

so, dalam diam aku menolak cadangan untuk mendaftarkan 'kelab' basikal aku ni ngan JBS. kami tak perlukan peruntukan. kami tak perlukan dewan. kami tak perlukan bantuan itu ini. aku tak sombong. jauh sekali nak kata 'kami mampu buat apa saja tanpa bantuan sesiapa. kami tidak kaya, tapi secara ikhlas, biarlah peruntukan tu sekelian diberikan pada adik2 atau anak2 yang berupaya maju dalam sukan tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan. biar diorg berjaya. biar diorg harumkan nama negeri dan negara. kami yg dah tua ni akan tumpang gembira..

kami yang tua2 ni, cukup sekadar berkumpul di kedai kopi, dan bertemu hujung minggu untuk berkayuh tanpa gangguan sesiapa..

tapi aku fikir gak, ke mana sebenarnya arah tuju kami2 ni semua? aku takde jawapan. kalau org kata kami ni takde arah tuju, biar la. kami tak ganggu orang lain. kami tak mintak duit orang lain. kami tak susahkan orang. cukup la kan? kami berkayuh just for the pure fun of cycling. flowing thru single trails, bombing thru downhils.. and all those related activities.. cukup la kan?

Saturday, December 12, 2009

kayuh malam ala koboi

"kayo malam ala koboi. 11/12. 9 malam. ruza szientex. laluan blom tau. blinker musti ada."

gitu le bunyi sms yg aku sebarkan pd kawan2 sepengayuhan semalam. sebelum ni, dah ramai sgt yg tanye bila nak kayuh mlm, aku pon secara tergesa2 la buat plan.

tp kan.. kat sms tu aku ada tulis 9 malam. aku tak tulis 9:30, tak tulis 10:00.

tp tak dpt gak nak gerak on time, oleh kerana membantu reza memasang rantai baru (cn-7701 yang berkilauan). so, at 9:20 mlm lebih kurang, kitorg pun gerak, menuju ke cahaya masai, kota masai, taman pasir putih, jambatan kim2 dan berpusing di kawasan industri tanjung langsat.. sebelum menghadiahkan ontot beberapa ringgit seorang.. (dah minum kene bayor tau ..)

tapi kan, ada gak umat yg kene tinggal (atas sebab2 keselamatan, nama tidak boleh dinyatakan di sini). so diorg kejor pakai keta. dapat gak la kayuh geli2 sambil gilir bawak keta.. hehe.. takkan nak tinggal keta kan? kang sape lak nak gi amik .. kan2 ?

so... moral or the story - datang la pada masa yg telah diberitahu... :-D

Monday, December 7, 2009

kayuh santai (real punye..)















di atas ialah 2 orang sahabat saya. kedua-duanya masih baru berbasikal.

si baju kuning - saya perkenalkan dengan nama A. menunggang basikal Giant Yukon Disc yg di beli beberapa bulan lalu dan cuma pernah berbasikal dia atas jalan raya. telah melakukan beberapa naiktaraf terhadap basikal beliau.

si baju biru - saya perkenalkan sebagai S. menunggang Nexus Freelance Pro yang di beli terpakai dari seorang kawan (saya tak tau pon basikal tersebut sudah dibayar atau belum). berpengalaman menunggang sejauh lebih kurang 5 km keliling perumahan.

pada 5 Disember 2009, selepas perancangan singkat malam sebelumnya, kami bertiga pon menuju 'trail setia indah 2' (nama yg terpapar pada skrin gps kami). perjalanan awal agak lancar. si A yg sudah melakukan beberapa sessi suaikenal dengan basikalnya dia atas jalanraya menunggang dengan lancar. Si B masih belajar menukar gear, dan dapat menyesuaikan diri selepas lebih kurang 2 km.

dengan bantuan sebiji Garmin Oregon 300 dan sebiji Garmin eTrek Vista, perjalanan kami boleh dikatakan agak lancar dengan beberapa perhentian "take 5" yang selalunya berlanjutan sehingga menjadi 'take 20' atau 'take 30'. hehe.. dan juga beberapa sessi bergambar yang semestinya wajib untuk dijadikan bahan bukti.

akhirnya, selepas 16 km (offroad sekitar 11 km je) dan lawatan ke sebuah kedai basikal di setia indah, kami berjaya sampai ke tempat permulaan pada jam 12:45. berlaku juga beberapa peristiwa 'krem' peha dan krem betis dan aksi2 untuk meredakan ke'krem'an tersebut.. hehe..

ape pon, saya merasa gembira dengan tunggangan hari itu. kalau kira jarak, memang la tak jauh, tp saya mendapat kembali keseronokan menunggang basikal. oh ya.. saya hilang mood utk mengayuh selepas plentong epic ride sebab tayar kenda saya koyak, dan jockey wheel KCNC saya patah 3 gigi. heheh.. (tp dah ganti dengan kenda blue groove dan sepasang joekcy wheel baru)

terima kasih kepada 2 sahabat saya itu. heheh... nanti ada masa kita kayuh lagi ye ? kita gi felda ulu tebrau pulak. 16 km je pegi balek..