
ini adalah kereta "jiran saya". err.. nama dia saya tak tau la plak.
rumah dia yang ada keta pesona hitam tu (sila rujuk gambor).
gambar ni saya ambil kira2 jam 9:30 pagi. maknanya tuan keta ni dah takde kat umah. dah pegi keje. tuan dia gi keje naik motor dan meninggalkan kenderaan ini dalam keadaan yang tidak sepatutnya..
so, pada kawan2 yang baca entry hi, harap dapat hantarkan komen anda dan
1) senaraikan kesalahan2 yang dilakukan pemilik kenderaan ini.
2) nyatakan kesan2 yang mungkin berlakudari senario ini.
3) dan juga kalau bole cadangan2 tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik kenderaan ini. (er.. jgn yg bukan2 tau.. aku tak mau kena soal siasat ngan SKMM)..
kerjasama anda semua sangat dihargai.
notalutut : klu sape kenal tuan keta ni, bole la kabor ke dia.
Tuesday, January 26, 2010
jiran saya
Monday, January 18, 2010
GA Fun Ride
ok.
GA fun ride is over. habis. selesai. tamat.
aku rasa ramai yg nampak aku kat sana, siap pakai baju GA cycling lagi. tapi kan, aku bukan ahli diorang. masa ride tu, aku cuma salah seorang kawan diorang yg menyumbang tenaga demi kelancaran acara tersebut, dah aku rasa, sumbangan aku tu kecik aje.
aku takmo puji acara tu - sebab aku kawan diorang.
aku pon takmo kutuk - sebab aku pun kawan diorang.
tapi, seperti biasa la.. banyak isu berkenaan trail. ada yang tak jumpa marking. huh! apsal orang lain bole jumpa? kenapa awak tak jumpa? tanya diri sendiri.. kang klu aku tolong jawab kang, korang terasa plak. so, korang pikir la sendiri. penganjur ni manusia juga. buat silap juga. tapi tak adil la kalau nak put the blame solely on the organizer.. korang kayuh beskal, diorang pon kayuh beskal gak.. ape ada beza?
dan aku merasa sikit kesal atas peristiwa maki-memaki ni. aku pon tak kenal orang tu personally.. tp nak wat cemane kan? dah tempat tu terlepas pandang.. tak larat woo nak kaver semua.. (tapi kan, sape sebenarnya terlepas pandang kat sini? peserta ke penganjur?)
menurut pemandangan aku la.. banyak perkara boleh diperbaiki. penganjur bole buat post-event meeting utk memperbaiki kelemahan.
tapi, penganjur je ke kene buat camtu? peserta pon aku rasa kene buat post-mortem jugak la.. banyak mende kene belajar. budak kecik yg makan bersuap tu pon lama2 pandai gak suap sendiri.. kan? so.. sila la mula belajar untuk menyuap diri sendiri..
selamat mengayuh sambil menyuap.
Wednesday, December 30, 2009
sharing and caring..
err.. tajuk dia atas macam tak relevan jek. tp ape aku kesah.. kan?
pengumuman.. pada ahlil2 yang baca ni, aku nak kasik tau, ari jumaat malam sabtu tiap2 minggu ada kayuh malam. kumpul kat Kafe Ruza Taman Scientex. time 9:00 malam. pasni aku dah tak sms korang lagi dah. bukan lokek, tp ni acara tetap, takyah nak kabor2 lagi. sape free, datang jek kat situ. klu aku ada, aku plan la route mane nak kayuh. klu aku takde, pandai2 korang la nak hala ke mana pon..
satu lagi, pada sedara2 yg baru nak kenal beskal atau baru belajar kayuh basikal, klu rasa2 nak join aku, mari la.. kehadiran anda sangat2 dialu-alukan. jarak ride adalah mengikut kemampuan anda.. yg tak tau langsung pasal beskal pon bole datang, dengan syarat anda ada basikal, kasut ngan helmet.. penyertaan adalah percuma.. mari mari mari !!! (air beli sendiri, makan kat kedai bayar sendiri.. heheh).
arah tuju !
ari tu aku tgh minum ramai2 kat satu restoran. kebetulan datang satu member yg kebetulan tau akan aktiviti berbasikal aku. tgh borak2 tu, dia tanye aku satu soalan.
"ke mana arah tuju korang yg berbasikal ni?"
aku tak jawab soalan tu. dia ni, yg terkenal dengan kepandaian bercakap, terus la bercerita. dia siap suruh aku daftar "kelab" dengan Jabatan Belia Dan Sukan Johor (JBS). dia ni pon bercerita la pasal "kemudahan2", peruntukan, dan segala macam lagi la.. dan dia juga bercerita kisah dirinya yang berkerja keras begitu begini dalam menganjurkan sekelian aktiviti. dan keluar juga cerita tentang bagaimana peserta program anjurannya 'mengajar' dia tentang perkara yg betul.
so, aku simpulkan bahawa arahtuju sedara ni lebih bersifat kewangan dan peruntukan.
so, dalam diam aku menolak cadangan untuk mendaftarkan 'kelab' basikal aku ni ngan JBS. kami tak perlukan peruntukan. kami tak perlukan dewan. kami tak perlukan bantuan itu ini. aku tak sombong. jauh sekali nak kata 'kami mampu buat apa saja tanpa bantuan sesiapa. kami tidak kaya, tapi secara ikhlas, biarlah peruntukan tu sekelian diberikan pada adik2 atau anak2 yang berupaya maju dalam sukan tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan. biar diorg berjaya. biar diorg harumkan nama negeri dan negara. kami yg dah tua ni akan tumpang gembira..
kami yang tua2 ni, cukup sekadar berkumpul di kedai kopi, dan bertemu hujung minggu untuk berkayuh tanpa gangguan sesiapa..
tapi aku fikir gak, ke mana sebenarnya arah tuju kami2 ni semua? aku takde jawapan. kalau org kata kami ni takde arah tuju, biar la. kami tak ganggu orang lain. kami tak mintak duit orang lain. kami tak susahkan orang. cukup la kan? kami berkayuh just for the pure fun of cycling. flowing thru single trails, bombing thru downhils.. and all those related activities.. cukup la kan?
Saturday, December 12, 2009
kayuh malam ala koboi
"kayo malam ala koboi. 11/12. 9 malam. ruza szientex. laluan blom tau. blinker musti ada."
gitu le bunyi sms yg aku sebarkan pd kawan2 sepengayuhan semalam. sebelum ni, dah ramai sgt yg tanye bila nak kayuh mlm, aku pon secara tergesa2 la buat plan.
tp kan.. kat sms tu aku ada tulis 9 malam. aku tak tulis 9:30, tak tulis 10:00.
tp tak dpt gak nak gerak on time, oleh kerana membantu reza memasang rantai baru (cn-7701 yang berkilauan). so, at 9:20 mlm lebih kurang, kitorg pun gerak, menuju ke cahaya masai, kota masai, taman pasir putih, jambatan kim2 dan berpusing di kawasan industri tanjung langsat.. sebelum menghadiahkan ontot beberapa ringgit seorang.. (dah minum kene bayor tau ..)
tapi kan, ada gak umat yg kene tinggal (atas sebab2 keselamatan, nama tidak boleh dinyatakan di sini). so diorg kejor pakai keta. dapat gak la kayuh geli2 sambil gilir bawak keta.. hehe.. takkan nak tinggal keta kan? kang sape lak nak gi amik .. kan2 ?
so... moral or the story - datang la pada masa yg telah diberitahu... :-D
Monday, December 7, 2009
kayuh santai (real punye..)
Monday, November 16, 2009
bukan mengata, bukan mengutuk
soalan: kenapa korang tak letak marking kat trail ??
jawapan : sebab korang salah jalan. so takde la marking tu kat situ..
well. Plentong Epic Ride dah abes. dah selesai. so keje aku pon dah abes. dah berminggu2 wat keje kat dalam tu.. penat. letih. lapar. dan segala macam rasa lagi laa, semata2 untuk mempersiapkan 'hidangan' untuk semua yg dah mendaftar dan merasa trek & trail plentong.
soalan: how's the track?
jawapan : great man! the single track is very nice..
soalan : amacam bang?
jawapan : gile ah korang.. jalan teruk .. takde marking lagi...
untuk makluman korang.. soalan yg belah atas tu, mat saleh yang jawab. hampir semua jawapan sama. soalan yg bawah tu plak, 'orang kita' yang jawab. hehe.. aku tanak komen ape2 la.. sbb yg baca menda nanti pon orang kita gak.. bangsa kita yg tercinta gak...
tp aku kene cakap satu mende la. tahap 'awareness' orang kita terhadap marking & signage adalah sangat rendah.. atau takde langsung. sebab ape aku cakap camtu? sbb ... err ... malas la aku nak cakap. kang aku cakap, aku salah gak.. kan2 ?
ape pon, tahniah pada semua peserta, tak kira la yang maki atau yang puji.. yang buruk kami ambil, yang baik kami simpan..
Tuesday, October 27, 2009
kasut sidi aku
ini adalah gambar kasut sidi aku. dah buruk dah. takde ape yg menarik pun. tp korang nampak tanah tu tak? heheh..
tanah tu aku kutip kat melaka. ECC Burung Hantu Night Jamboree 2009. aku tak minat la nak citer detail pasal ride tu.. penat..
cuma aku nak cakap - kepada sesiapa yg gagal menghadirkan diri kat sana, ANDA KERUGIAN YANG AMAT SANGAT.
sekian, terima kasih.



.jpg)