Wednesday, August 24, 2011

weblog / online shop

http://jeanbikesport.blogspot.com

i've been working on a weblog lately. its selling bicycle and bicycle parts, or whatever related to bicycle.

you can try to find whatever u want for your bike and yourself. feel free to visit frequently as i am updating and adding new item this weblog everyday.

just in case, any of you wanted any item not listed in the weblog, feel free to call/sms me at 016-7022077

you can visit my weblog/online shop here ---> http://jeanbikesport.blogspot.com


Wednesday, June 15, 2011

Giant dan segala macam..


ok.

i am a bicycle seller now..

ask me about any range of giant bike. from anthem to revel, from TCR to trinity. there is one for your need.

who needs a more expensive bike, when the cheaper giant performs better?

call/sms me at 016-7022077..

ps - i also sells fixie ;)

Monday, February 28, 2011

beralih arah

aku nak kayuh roadbike more for now. sian lak tgk roadbike aku tu. dok umah aku dah 2 tahun, tp lebih kerap berabuk daripada bawak jalan2.

mtb kadang2 aje. kalau gian baru kayuh mtb.

27/2 - first 'long' ride. haha. 120km aje. tu pon mcm dah nak pensan..

Thursday, February 17, 2011

jamboree?

skang ni banyak sangat event. semua berbentuk long trail antara 45-60km. ada siang ada malam. semua orang nak buat. asal ada grup/puak kat mana2, musti nak buat 'jamboree' ni.

persoalan. kenapa semua org nak buat? ni yang aku muskil. tak gile ke kalau tiap bulan ada event mcm ni. kadang2 ada 2-3 event sebulan. kemudian ada plak hadiah. memula claim ni bukan race, tp ape pasal ada hadiah? pelik2.

tp bila aku buat kira2 anggaran, semua ni sebab duit. semua org nak buat duit. dah jadi mcm perniagaan dah. bayaran RM 50. pastu dapat baju selai, makan, n goodies yang tah apa2. kos tak lebih RM25 utk setiap orang. pastu sewa venue, PA system, dan sekian2, ada UNTUNG banyak wo..

semoga mende ni tak berpanjangan la.

skang ni, bila semua sebok buat jamboree, dah takde langsung orang buat race. betul2 race XC punye. trek tanah, yang loop dalam 3-5km je. uphill + downhill. mcm kat gunung ledang dulu. sangat best.

ada mane2 geng nak buat? aaa ? tak untung? jahanam la camni.

Monday, November 8, 2010

the burung hantu ride @ melaka

alemakk !!
dah 8 tahun aku tak update mende ni.. tp pedulik ape kan ?

latest.. gi kayuh kat burung antu kat air keroh. the much awaited event of the year.
manyak syok woo..

petang tu ujan renyai2.. tp tak sampai mlm.. klu mlm tu ujan gak, aku tak kayuh dah, sbb visibility sangat terhad. tp syukran tak ujan sampai mlm.

trek licin, tapi sangat syok.. aku tak dulik pon kat orang lain. mcm biasa, intention aku nak balek cpt. penat la nak kayuh lama2 ni.. haha..

aku sampai kat finish point @ 2336 hrs after 3 hours n 6 min riding. owh .. FYI, aku tak start kat dataran. aku start kat mcD air keroh. aku ngelat? mane ada laa.. aku tak jalan dulu pon.. aku tunggu pack lalu, then aku join. mane ada ngelat. kan? kan ????

tp, masa aku sampai tu, keadaan gelap gulita.. aduhh. tp aku dulik ape. pastu, aku bole siap lupa aku ni numpang keta orang. dah tu org tu lom sampai. jahanam. mane aku nak lepak n letak brg2? pastu teringat pah, org umah Z. fuh.. naesb baek. dapat gak la numpang beg n kasut yg comot tu. pastu lepak di bawah pancaran sinar purnama ngadap tiang bendera besor tu. pastu.. dah la! malas nak cite. the rest is history.. la la la la la..

yg best nye, kali ni aku takde dengor orang maki penganjur. hehe.. perkembangan baik ni. tp rupanya aku je yg tak dengor. kawan2 aku yang lain semua dengor. haha. nasib korang la.. amik giliran ye dengor maki-makian dan caci-cacian oleh kambeng2 tu semua. tu la, sape soh tak gi skola time ujan? kan dah tak cerdik, pastu salahkan orang pulak.

ucapan khas buat ecc:
mencurah air di daun keladi,
walau tak lekat, curah je lagi.
terima kasih daun keladi,
tahun depan buat la lagi.

Thursday, July 22, 2010

Batu Pahat Berani Ride..

huh!
aku dari awal mmg tanak pegi ride ni. so aku tak register la.. aku pon dah tau tempat tu ada climb kau2 punye.. so malas la nak nolak2 ni. heheh

tp tah cane, aku tak jadik gi jerantut la (adik ipar aku nikah kat sana). so aku pon carik la pasport sape2 yg tak gi. so dapat kayuh gak la kat area Tongkang (kasik) Pichah!

actually mlm tu aku tido kol 1 pagi. huhu.. kol 3:45 dah bangon, pastu kutip kawan2, gerak ke Seri Medan. sempat serapan kat machap R&R, sempat la buat mcm2 sebelum ride start. tp aku takde bawak bekal makanan pun. ada power gel je 3 pack. bedal jek la..

8:10 ride start. n the rest is history.. heheh.. really enjoyed that torturing ride. kayuh + tolak + benti isap rokok + makan pisang + kutuk kawan2 + main kejar2 + downhill + panas + sekian2 lagi la.. hehehe. dlm kepala otak aku, nak smpai cepat je, sebab aku nak tido seblum konco2 (zack n lond) sampai. heheh..

overall, track tu memang best. segala mende ada. climb kecik, climb besor, open space, canopy, downhill gila, downhill geli. jalan licin, jalan kesat, flat land, sawit, even kebun durian pon ada. pendek kata semua ada la.. tiada yg tidak ada melainkan ada belaka..

tp aku nak komen sikit la.. bukan pasal event, tapi pasal peserta event. banyak gak aku dengar sumpah-sumpahan dan maki-makian. ada ckp route tak best sbb banyak sgt climb la, climb tinggi laa.. downhill tak best la.. dan sekelian macam sumpah seranah la.. huh! klu nak maki2, dok umah la.. maki ayam ke.. maki kucing ke.. takde orang lain nak dengar..

pada aku la, bila korang dah gi tempat orang, tadah jek la.. kalau nak sedap2, kayuh kat belakang umah bapak korang la.. menurut pendapat aku, kita tak payah la nak set parameter untuk perkataan enjoy, best, dan apa bagai semua tu. tak perlu set paramater this ride mesti macam ni, mesti macam tu. tu bukan keje korang. tu keje penganjur. so kalau korang takleh nak enjoy, lantak korang la.. keje korang adalah untuk ride. korang pon dah bayar kan?

aku tak komen sesapa pon kat sini. takde spesifik person. so, klu korang terasa, tu maknanya korang pedas la.. ko ada maki2 kan? heheh..

selamat mengayuh lagi.. dan lagi.. dan jangan maki2 lagi.

Monday, May 3, 2010

jasin jamboree

ok.
dah abes dah. selesai. tamat. 48 km. 4 jam 22 minit.

overall track sangat best. kira sgt seswai la ngan aku. tak teruk sgt, n tak mudah sgt. sebnor nye aku tak cukup fit pon. teruk gak belakang aku sakit.. huhu.. core tak cukup kuat tu..

tp ada gak peristiwa best. hehee... aku dpt climb bukit langsat tu dari bawah sampai atas. syok gak bila diorg yg benti ngan nolak tu sorak n bagi peransang kat aku.. bangga siott! tp lutut dah mcm rasa nak tanggal dah time tu... tp eksen punye pasal kan.. redah jek laa..

yg kedua, aku dapat blast kat satu track sawit yg landai n lurus lepas CP4.. n berjaya menterkejut berukkan beberapa rider yg tgh nolak naik bukit. aku dah gain speed masa turun tu, so takkan nak brek la time naik.. kan?

sesat? ala tu biasa la.. ape ada hal. aku blame solely on the front runner. mereka2 yang buat jamboree tu sebagai tempat berlumba. nak menang punya pasal, diorg main redah jek. pastu orang lain pon semua ikot sesat termsuk la aku). sian aku tgk marshall tu semua kene maki.

aku nak pesan pada semua riders - ilek aje la.. lu bukan tau pon sape punye salah.. kita datang dari jauh untuk happy2.. untuk enjoy.. bukan nak cari salah dan maki2 orang. gelap hati nanti.. setakat sesat sekilo tu apa la sangat.. kan? so len kali kalu jadi lagi mcm tu, takyah kecoh2 la.. bukan rugi ape pon..

so, untuk penganjur - jangan serik nak buat lagi acara macam ni.. memang susah nak puaskan ati semua pihak. cacat cela tu adat laa.. lain tahun buat lagi.. nanti kitorang datang lagi..

Tuesday, April 6, 2010

single speed

yeah! u read it right! i'm going single speed.
however, i dont have any of the item needed. heheh..

i am going to need:
1) short chainring bolt & nut
2) tensioner pulley (i don't hv an offset bb frame, so i need this pulley)
3) single speed cassette and spacer.

and i am not going to need all this:
1) shifters
2) shifter cables
3) RD
4) FD

well.. the whole idea is all about going light.. hehe..