"kau kat mana?"
try korang baca ayat kat atas ni dengan nada berbeza. camne? try la baca:-
1) dengan nada marah
2) dengan nada biasa
3) dengan suara sedih
boleh kan? 2 patah perkataan sama dengan nada berbeza.. dengan INTONASI berbeza, perasaan yg berbeza.. ayat2 tanpa perasaan ini sangat mudah di dapati dalam sms, blog, atau apa saja.. boleh jadi di mana-mana sahaja.
kenapa bole jadi macam tu? sebab membaca tiada intonasi. intonasi dalam pembacaan adalah bergantung kepada interpretasi si pembaca. dan sangat besar kemungkinan untuk si pembaca salah interpretasi ayat yg diterimanya ..
implikasi? sangat selalu ia akan menukar keadaan baik menjadi sebaliknya. dan jarang sekali menukar keadaan buruk menjadi baik. suka ke camtu? anda jawab tidak suka? logik la tu.. mane ada org dalam dunia ni suka mende buruk2 kan? kecuali la ada satu puak tu je.. puak yg perasan dunia ni diorg yg punye..
camne nak elak bab salah baca dan seterusnya salah interpretasi ni?
sentiasa la berSANGKA BAIK. tak rugi kan? bukan kene bayar pon kalau buat cenggitu. bila anda sentiasa bersangka baik pd org lain, org lain pon akan buat yg sama pd anda.. siapa rugi? tiada sesiapa pun.. pesanan saya.. bacalah apa saja yg anda nampak atau terima dengan nada yg baik..
Wednesday, September 30, 2009
membaca vs. mendengar
Tuesday, September 29, 2009
raya punye cerita..
salam hari raya.
masa raya ari tu.. ada sorang ckp camni kat aku - "bila kau ada blog, ko bertanggungjawab nak update blog ko. org yg visit blog ko berulang2, tp bila tengok takde update, akan rasa kecewa dan stop lawat blog ko" aku tak ingat la sape cakap camtu.
tp aku dulik ape kan?? klu aku takde bahan nak update, aku biar aje la. takkan aku nak citer pagi bangun kol bape, sahur ape, gi raya kat mane, pastu kene cirit birit... bla la.. tu bukan blog. tu nama dia diari bodoh..
lagi satu.. tempat ni free.. so kene jimat la. bagi peluang kat orang lain guna gak. sila buangkan mentaliti bahwa mende free ni korang bole tibai macam mak bapak korang yang punya! bende free la nak kene jimat.. esok2 bila dah tak free.. korang nak buat camne? sanggup bayar?
kepada kawan2 yang terbaca blog ni, aku nak wish Selamat Hari Raya, beserta ucapan iringan - korang dah kayuh ke blom? aku dah clock lebih 100km lepas raya ni.. heheh.. mungkin ucapan raya ni dah lewat kot, tp takpe la.. skati aku la kan bila aku nak update blog ni.. aku juga minta maaf andai ada sekian banyak TERsalah TERsilap, ataupun disengajakan. klu ada yg terasa tu ... harap dimaafkan. aku ni manusia, kadang2 tak sedar.. main hembus semacam je.. pastu, bab makan minum tu.. kalau ada terlebih terkurang.. harap di halalkan..
open house? tah la.. klu ada aku jemput nanti .. datang la.. klu takde tu .. mintak mahap la ye .. kene minta pendapat encik kocek juga dalam hal ni...
Tuesday, September 8, 2009
basikal aku.. skati aku..
ahaha.. ni beskal aku.. nampak bersih tak? ish.. jangan la tengok tayar dia. tayar dia tu dah lama.. dah kering.. tu yg nampak tak ensem. ari tu aku baraikan beskal ni. tp skang dah siap pasang. siap lubricate, siap greasing.. sampai ke dalam2 pedal (betul ejaan ni? ada org eja padel, atau paddle) pon aku dah grease. cuma flat bar ngan tanduk jek aku lom pasang. kira cam nak jadi XC racing rig la.. haha..
tapi kan.. bila dah kilat ni, sayang plak rasanye nak kayuh. penat la basoh beskal. nanti kayuh sket dah kotor.. dah nak kene cuci lagik... skali kayuh, skali cuci.. dan begitulah seterusnya.. takde cara ke supaya kita takyah cuci beskal tu?
aku ada 2 cara untuk tanak kene cuci beskal tu..
1) takyah cuci
2) takyah ride
haha... aku pilih no 2 la..
tp cuma tak ride offroad la.. aku kan ada roadbike. naik roadbike je la... roadbike tu, kalu nak basuh 2 bukan sekali pon bukan ada org tau.. kalu kotor sket, lap2 sudah.. nampak comel balik.. heheh..
jadi, pada sape2 yg rajin nak ride offroad tu.. sila2kan la... klu ada sape2 tanye, ckp aku dah malas nak basuh beskal.. heheh..